web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pisau Tertusuk Leher, Wanita Dalam Pantang Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 7:00AM

Mohamad Ismail mengesahkan kejadian terbabit yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dengan memaklumkan siasatan masih dijalankan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang baru melahirkan anak 36 hari, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya dengan pisau tertusuk di leher dalam kejadian di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kelantan, petang semalam.

Sebelum kejadian pada kira-kira jam 6 petang itu, mangsa disedari masuk ke bilik dan mengunci pintu dari dalam, sehingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga.

Adik mangsa yang berusia 23 tahun yang curiga dengan perlakuan wanita itu, mengintai dari ruang atas bilik untuk melihat keadaan, sebelum terkejut mendapati kakaknya berlumuran darah.

Dia kemudian segera bertindak memecahkan pintu bilik untuk membantu kakaknya.

Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58, berkata, anaknya itu ditemui dalam keadaan pisau pemotong sayur tertusuk pada tengah leher.

Menceritakan situasi sebelum kejadian, katanya, dia berada di ruang tamu dan kemudian didatangi mangsa yang menyerahkan bayinya untuk dijaga seketika.

Zuraizah berkata, mangsa memberikan alasan mahu bercakap di telefon dengan suaminya yang berada di Kedah.

“Anak pesan minta saya jaga bayinya sebelum dia masuk ke bilik tidur dan selepas seketika, saya minta anak bongsu (panjat dinding) guna tangga untuk ‘intai’ (siasat keadaan mangsa) sebab bimbangkan keselamatannya.

“Kami cuba pecahkan pintu bilik beberapa kali sebelum berjaya masuk, namun terkejut mendapati anak saya terbaring berlumuran darah dengan pisau tertusuk pada lehernya,” katanya ketika ditemui di rumah.

Semasa ditemui, ujarnya, mangsa masih bernyawa sebelum dia mencabut pisau berkenaan dan meminta ahli keluarga membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Beris Panchor.

Menurutnya, selepas melahirkan anak keempat, mangsa banyak mengadu sakit pada perut.

Pagi hari kejadian, katanya, mangsa baru sahaja ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kesihatan dan doktor ada menasihatkannya mengambil ubat, tetapi sejak balik ke rumah anaknya itu kelihatan tertekan.

Mangsa, ujarnya, dipercayai mengambil pisau di stor luar rumah dan masuk ke bilik tidur sebelum mengunci diri.

Sebelum ini, katanya, mangsa tinggal di Kedah bersama suami dan tiga anak, sebelum pulang ke kampung untuk berpantang.

Jelasnya, suami mangsa yang berada di Kedah turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana mereka suami isteri baru sahaja selesai bercakap di telefon.

“Saya terpaksa bagi menantu bercakap dengan doktor untuk sahkan anak saya sudah meninggal dunia kerana dia tidak percaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian terbabit yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dengan memaklumkan siasatan masih dijalankan.

“Setakat ini, siasatan terarah kepada mangsa meninggal dunia akibat menikam diri, namun kita akan jalankan siasatan lanjut,” katanya. - Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad