web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunggakan RM3,200, Caj Keseluruhan Tarik Kereta Lebih RM16,000, ‘Ini Sudah Melampau’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 9:33PM

Nadzim Johan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah jatuh ditimpa tangga, itu situasi dialami seorang individu yang menjadi mangsa syarikat pemberi pinjaman berlesen apabila dia didakwa dikenakan caj tidak masuk akal untuk kenderaannya, selepas gagal menjelaskan bayaran ansuran hanya untuk dua bulan.

Mendedahkan kes itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa tampil membuat aduan kerana tidak tahan dengan caj melampau dikenakan dan merasa dianiaya.

Katanya, mangsa dikenakan caj hampir RM14,000 untuk proses menarik dan menyimpan kereta tertunggak, bersama bayaran ansuran sebanyak RM3,200.

“Namun, menerusi surat dikeluarkan 31 Mac lalu, iaitu hari sama kereta dia ditarik, mangsa dikenakan caj faedah RM59, malah kos penyimpanan dan baik pulih pula RM5,000, kos pengambilan semula (RM5,000) dan kos menghantar (RM3,500).

“Jika pihak terbabit menggunakan Akta Sewa Beli, jadi kita melihat mereka menggunakan kaedah apa yang mereka nak buat untuk menjustifikasikan suka hati mereka je, sewenang-wenangnya,” katanya pada sidang akhbar secara langsung hari ini.

Nadzim (dua dari kiri) dan mangsa (tiga dari kiri) pada sidang media PPIM hari ini. - Tangkap layar dari video di Facebook PPIM
Nadzim (dua dari kiri) dan mangsa (tiga dari kiri) pada sidang media PPIM hari ini. - Tangkap layar dari video di Facebook PPIM

Beliau berkata, berdasarkan dokumen terbabit, kos keseluruhan dikenakan terhadap mangsa untuk membawa keluar kenderaan itu adalah lebih RM16,000, walaupun hakikatnya lelaki berkenaan hanya mempunyai tunggakan RM3,200.

“Kereta ini juga kos menerusi perjanjiannya adalah RM147,000 dan sudah dibayar RM129,000, jadi kalau nak ikutkan ini pun lebih 80 peratus dah bayar.

“Mana surat mahkamah pun tak ada juga. Kita nak bercerita hari ini adalah apa pengguna nak buat, kalau nak tarik kereta ikut suka hati dia, nak jual, apa nak jadi dan keadaan ekonomi teruk sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada KPKT yang mengeluarkan lesen kepada syarikat peminjam wang itu, bagi mendapatkan perincian berhubung kos berkenaan.

“Kita mahu tahu adakah syarikat sebegini sesuka hati menetapkan caj.

“Kita juga akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada syarikat pemberi pinjaman wang terbabit dan berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya.

Menerusi pengakuannya, mangsa yang enggan dikenali, malah menutup sebahagian wajahnya ketika hadir pada sidang akhbar berkenaan bagi mengelakkan identitinya diketahui berkata, kejadian keretanya ditarik itu berlaku pada tengah hari, 31 Mac lalu ketika dipandu isterinya di hadapan sekolah di Jalan Kuching, di sini.

“Dua lelaki datang memberitahu mahu menarik kereta, sebelum isteri menelefon saya. Saya bercakap kira-kira setengah jam bersama lelaki terbabit, namun mereka tetap berkeras mahu menarik kereta.

“Saya gagal menjelaskan bayaran bulanan kereta selama dua bulan akibat masalah kewangan,” katanya.

Selain itu, lelaki terbabit menjelaskan, beliau membayar tunggakan dengan melebihkan bayaran RM3,600 pada hari sama kereta ditarik memandangkan sukar untuk keluarganya bergerak tanpa kenderaan, terutama bagi menghantar dan menjemput tiga anak dari sekolah.

Bagaimanapun, katanya, apabila menerima Jadual Kelima yang mengandungi kos untuk dilangsaikan sebelum dibenarkan mendapat semula kereta, dia mendapati caj dikenakan amat tinggi.

Justeru, katanya, dia mengambil keputusan tidak membuat bayaran selanjutnya.

“Saya membuat aduan kepada PPIM berhubung caj dikenakan itu kerana ia terlalu mahal,” katanya.

“Ketika kereta itu ditarik, hanya surat arahan tarik dari syarikat itu diberikan, tanpa menerima surat perintah mahkamah.

“Saya rasa ada unsur penganiayaan dalam perkara ini, jadi saya buat aduan kepada PPIM kerana tidak mahu orang lain menjadi mangsa,” katanya. – Getaran, 12 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar