web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Tuntutan Sulu: Kerajaan Wujudkan Laman Sesawang Maklum Perkembangan Kes

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 6:36PM

Dari kiri Fahmi Fadzil, Azalina Othman Said dan Zambry Abd Kadir pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Malaysia-Sulucase.gov.my di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi memberi penerangan dan maklumat tepat berhubung perkembangan membabitkan isu dibangkitkan kumpulan yang mendakwa mereka sebagai waris Sultan Jamalul Kiram 11 (Sultan Sulu), kerajaan kini melancarkan laman sesawang rasmi, Malaysia-Sulucase.gov.my

Menerusi kenyataan dikeluarkan bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said serta Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir, pelancaran itu dibuat hari ini menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Kementerian Luar serta Kementerian Komunikasi dan Digital.

Katanya, laman sesawang itu adalah sebuah repositori maya bagi semakan maklumat berkaitan kes tuntutan pihak terbabit.

“Laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my adalah satu langkah Kerajaan Perpaduan untuk memberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan di pelbagai bidang kuasa yang betul serta sahih.

“Terdapat pelbagai kemusykilan pada ‘fakta’ kes yang dikemukakan pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu, antaranya sehingga kini, tidak ada apa-apa bukti menunjukkan bahawa penuntut itu benar-benar waris kepada Sultan Sulu.

“Ini berbeza dengan kes kerajaan Malaysia yang mana adanya laporan Suruhaniava Cobbold 1963, menyaksikan Sabah membuat pilihan untuk bersama-sama dengan Semenanjung dan Sarawak bagi membentuk Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan, memandangkang Malaysia kini sedang berhadapan dengan prosiding di beberapa negara Eropah, seperti Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda, adalah penting bagi memastikan penyebaran maklumat kes berkaitan isu Sulu terbabit tepat.

“Menurutnya, (ia) sekali gus (mampu) menafikan penyebaran berita yang tidak benar dan palsu,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my akan dikemaskini selari dengan perkembangan semasa kes sedang berlangsung.

Maklumat di dalam laman sesawang itu, katanya, boleh diakses dalam lima bahasa, iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Tagalog.

Ujarnya, ia bagi membolehkan pelbagai pihak dan media antarabangsa mengikuti serta memahami kes itu melalui fakta dan informasi sebenar yang dikemukakan kerajaan Malaysia.

“Kerajaan berharap rakyat Malaysia akan mengakses serta mengikuti kes ini dengan teliti melalui laman sesawang dibangunkan ini kerana sebarang keputusan yang memihak kepada pihak penuntut, akan mempunyai kesan besar dan serius kepada kedaulatan serta keselamatan negara.

“Kerajaan Malaysia akan terus memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa serta mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan ini,” katanya.

Terdahulu, pada 2013, Malaysia menghentikan pemberian wang ihsan susulan kes pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dilakukan kumpulan yang mendakwa mereka sebagai pengikut Jamalul Kiram III pada 12 Februari tahun sama, sekali gus menyebabkan pihak mendakwa mereka adalah waris Sultan Sulu mengemukakan tuntutan kewangan berkenaan.

Wang ihsan itu diserahkan rentetan Kesultanan Sulu diwakili Sultan Jamalul Alam dan Syarikat Borneo Utara British diwakili Alfred Dent dan Gustav von Overbeck, dikatakan pernah menandatangani perjanjian pada 1878 menetapkan Borneo Utara (Sabah) diserahkan atau disewakan kepada Syarikat British dengan ganjaran 5,000 dolar setahun.

Susulan tuntutan itu, firma guaman mewakili waris Sultan Sulu dalam kalangan warga Filipina terbabit, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878 dan memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid (Mahkamah Madrid, Sepanyol) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018, dengan memutuskan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

Pada 30 Julai 2019, satu Notis Timbang Tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa menyelesaikan perkara dibangkitkan.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu juga memutuskan mahkamah Malaysia dan bukannya mahkamah Sepanyol yang sepatutnya menyelesaikan pertikaian timbul daripada surat ikatan 1878.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menegaskan kerajaan negeri berkenaan mengulangi pendiriannya untuk tidak mengiktiraf sebarang tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Menurutnya, keputusan itu jelas dan selaras dengan suara rakyat Sabah yang menyatakan persetujuan untuk membentuk Malaysia pada 1963 dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan, Malaysia tidak akan berganjak walau seinci dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak serta kedaulatan negara.

Ujarnya, kerajaan juga tidak akan berkompromi dan tidak sesekali tunduk dengan sebarang tindakan yang boleh merugikan negara.

Malah, Azalina dalam kenyataannya sebelum ini berkata, kerajaan sedang menyiasat kemungkinan wujud ‘tali barut’ dalam kalangan rakyat yang membantu kes kumpulan itu bagi mendapatkan pampasan ke atas Sabah.

Tegasnya, kemungkinan bahawa orang dalam menjadi dalang berhubung keberanian kumpulan itu, berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka atas syarikat berkaitan kerajaan Malaysia di luar negara. – Getaran, 12 April 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad