web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lindungi Pekerja 24 Jam, MTUC Gesa Laksana SKBBK, Pinda Akta PERKESO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 3:33PM

Mohd Effendy berkata, pelaksanaan SKBBK sememangnya sudah lama dinantikan pekerja di negara ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran melaksanakan segera perlindungan keselamatan sosial 24 jam, dikenali sebagai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) kepada golongan pekerja tanpa terikat kepada aktiviti pekerjaan dan penggajian mereka.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pelaksanaan SKBBK sememangnya sudah lama dinantikan pekerja di negara ini.

Katanya, SKBBK memberikan perlindungan komprehensif kepada pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu bekerja dan tidak berkaitan langsung dengan pekerjaan.

“Pelbagai faedah turut disediakan, antaranya perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal dan kemudahan pemulihan fizikal serta vokasional,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MTUC amat cakna dengan nasib pekerja yang membuat tuntutan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), apabila acapkali ia ditolak atas sebab kemalangan dialami tidak berkaitan pekerjaan dan tidak diliputi undang-undang berkenaan.

“Berdasarkan statistik PERKESO, lebih daripada 26,000 kes tuntutan permohonan faedah Akta 4 ditolak pertubuhan itu sejak tahun 2011 disebabkan kemalangan yang bukan bencana kerja ini.

“Kebarangkalian angka ini lebih besar jumlahnya kerana pekerja tidak mengemukakan tuntutan,” katanya.

Mohd Effendy berkata, justeru MTUC menggesa Kerajaan Perpaduan segera melaksanakan SKBBK dan meminda akta sedia ada.

Jelasnya, SKBBK adalah penambahbaikan kepada skim sedia ada dan dapat merapatkan jurang perlindungan keselamatan sosial pekerja di negara ini.

Perlindungan SKBBK, katanya, sudah wujud di negara maju, seperti New Zealand, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

“Justeru, MTUC amat menyokong pelaksanaan SKBBK dan mendesak kerajaan atas dasar Malaysia MADANI, menyegerakan pelaksanaan SKBBK ini demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ketika ini, PERKESO melaksanakan Skim Bencana Pekerjaan, bertujuan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca daripada pekerjaannya.

Perlindungan di bawah skim itu meliputi empat jenis kemalangan, iaitu Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan yang bermaksud kemalangan dialami ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.

Kedua adalah Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan, iaitu mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya, dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya serta di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat dibenarkan.

Manakala, jenis ketiga adalah Kemalangan Semasa Kecemasan yang menyaksikan pekerja ditimpa kemalangan semasa berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

Jenis kemalangan keempat adalah Penyakit Khidmat, bermaksud penyakit yang berpunca daripada pekerjaan sebagaimana disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, misalnya hilang pendengaran disebabkan paras tekanan bunyi tinggi berterusan, selain penyakit asma disebabkan pekerjaan membabitkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia merbahaya dan sebagainya. - Getaran, 9 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad