web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Penderaan: Pengusaha Tak Patuh Akta TASKA, Premis Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 6:00PM

KPWKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pengusaha TASKA berkenaan telah diberi notis peringatan untuk membuat penambahbaikan dengan kadar segera. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesahkan berlaku ketidakpatuhan kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)1984 membabitkan sebuah taska yang tular didakwa berlaku kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan, baru-baru ini.

KPWKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pengusaha TASKA berkenaan telah diberi notis peringatan untuk membuat penambahbaikan dengan kadar segera.

Malah katanya, premis itu akan ditutup sementara waktu bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak dan meningkatkan kualiti pengasuhan di TASKA tersebut.

“KPWKM memandang serius berkenaan isu tular mendakwa berlakunya kes penderaan kanak-kanak di sebuah TASKA yang berdaftar dengan JKM.

“Hasil pemeriksaan JKM pada 29 Mac lalu, didapati telah berlaku ketidakpatuhan kepada Akta TASKA 1984,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai El Ameerah tampil membuat pendedahan di media sosial mengenai anakya, Maryam yang menunjukkan sikap pelik selepas tiga hari dipindahkan ke sebuah TASKA.

Wanita itu mendakwa anaknya digigit oleh seorang lagi kanak-kanak dan turut terdapat kecederaan lain termasuk pada bahagian telinga, pipi, tangan dan tapak tangan.

Selain itu, dia turut meluahkan kekecewaan kerana anaknya bersama beberapa kanak-kanak lain diasingkan dalam sebuah bilik kosong dengan pihak TASKA memaklumkan ia ruangan isolasi untuk mengelakkan gangguan kepada bayi yang sedang tidur.

Mengulas lanjut, KPWKM berkata, JKM dengan merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 tidak akan berkompromi mengenai keselamatan kanak-kanak.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha TASKA untuk memantau tugas pengasuh, selain memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan mereka.

“Sekiranya terdapat kecuaian pengasuh yang mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak, tindakan segera dengan melaporkan kepada JKM dan pihak polis perlu dibuat.

“Dalam isu TASKA yang tular ini, JKM akan bekerjasama dengan pihak polis untuk
memastikan kanak-kanak yang menjadi mangsa mendapat keadilan sewajarnya,” katanya.

Ujarnya lagi, JKM bertindak mengikut bidang kuasanya yang tertakluk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 iaitu membuat pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA.

Pada masa sama, KPWKM memohon kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa untuk melaporkan sebarang isu berkaitan kanak–kanak kepada pihak polis.

Selain itu, katanya, orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih di nombor 15999 dan Aplikasi WhatsApp 019–2615999 yang beroperasi 24 jam sehari atau terus mengunjungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat. - Getaran, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Kematian Kanak-Kanak: Suami Isteri Direman 7 Hari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad