web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tenaga Pekerja, Bahan Binaan, COVID-19 Punca Kelewatan Naik Taraf Hospital Papar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 5:12PM

Dr Zaliha Mustafa (tiga, kiri) melakukan lawatan tapak projek naik taraf Hospital Papar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Faktor kekurangan tenaga kerja serta bahan-bahan pembinaan, di samping kemunculan pandemik COVID-19 beberapa tahun lepas, dikenal pasti menjadi punca kelewatan projek menaik taraf Hospital Papar.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata proses naik taraf hospital itu yang bermula pada Mei 2017, kini berada pada tahap 62 peratus, dan ia dijangka akan siap menjelang hujung tahun ini sebelum dapat beroperasi Mac tahun depan.

"Walaupun agak terbelakang sikit daripada jangkaan kita iaitu sepatutnya 70 peratus tetapi kita akan terus menjalankan perbincangan dan pemantauan bersama dengan Jabatan Kerja Raya, kontraktor serta beberapa pihak lain, untuk kita pacu projek ini," katanya kepada pemberita selepas melawat ke tapak projek naik taraf Hospital Papar di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Dr Zaliha berkata selain hospital Papar, dua lagi hospital lain iaitu Hospital Beaufort serta Hospital Sikuati, Kudat telah dikategorikan sebagai 'projek sakit' di Sabah dan sedang dipulihkan supaya projek itu dapat berjalan lancar.

Mengulas lanjut, beliau berkata apabila siap, Hospital Papar itu akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk di daerah sini serta kawasan sekitar bagi mendapatkan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan lebih selesa.

Projek berkenaan telah diluluskan dengan kos RM98.5 juta melibatkan pembinaan wad dengan penambahan 84 katil merangkumi wad pediatrik, wad wanita dan lelaki. 

Selain itu perkhidmatan disediakan termasuk kecemasan dan trauma, pengimejan (X-Ray), farmasi satelit, dewan pembedahan dan jabatan serta perkhidmatan lain diperlukan penduduk setempat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar