web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikh 1 Syawal: Kekal Tenang, Tunggu Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 9:35AM

Malaysia mempunyai 29 lokasi cerapan yang ditetapkan dalam menentukan tarikh perubahan Ramadan ke Syawal, salah satu daripada dua kaedah selain kiraaan bilangan hari dalam kalendar Islam, sama ada 29 atau 30 hari sahaja - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap negara mempunyai matla' ru'yah berbeza dan penentuan awal Syawal di satu-satu negara tidak tertakluk kepada hasil kenampakan hilal atau data kedudukan hilal di negara lain.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, Malaysia mempunyai 29 lokasi cerapan yang ditetapkan dalam menentukan tarikh perubahan Ramadan ke Syawal, salah satu daripada dua kaedah selain kiraaan bilangan hari dalam kalendar Islam, sama ada 29 atau 30 hari sahaja.

Menurut beliau, walaupun cerapan dibuat di kesemua lokasi yang ditetapkan, hitungan ahli-ahli falak bersifat tidak muktamad dan keputusan akhir ditentukan Majlis Raja-Raja sebelum pengumuman dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan.

“Islam menetapkan kaedah yang jelas dalam penentuan awal Ramadhan dan Syawal. Kaedah utama yang dianjurkan sebagaimana nas al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah berdasarkan ru'yah hilal atau melihat anak bulan.

“Hanyasanya jika hilal tidak kelihatan disebabkan mendung atau berawan, maka dalam hal ini terdapat perbezaan pandangan ulama' dalam menerima hisab ahli-ahli falak.

“Malaysia mengamalkan penggunaan kriteria Imkan ar-Ru'yah dalam penentuan awal bulan Islam termasuklah bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sejak 1992. Kriteria ini ditambahbaik bermula bulan Muharram 1443H setelah kajian semakan semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, beliau menasihatkan umat Islam agar kekal bertenang dan menunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.

Terdahulu, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan, negara-negara Islam dijangka mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April ini.

Menurut portal Time Out Dubai, beberapa negara di Asia termasuk Australia bagaimanapun mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar atau menggunakan teleksop khas.

Bagaimanapun lapor portal itu, beberapa negara Islam lain mungkin dapat melihat anak bulan pada tarikh berkenaan.

Mengulas lanjut, Anhar berkata, anak bulan dianggap kelihatan apabila memenuhi syarat iaitu ketika matahari terbenam, tinggi tidak kurang tiga darjah dan elongasi matahari-bulan tidak kurang 6.4 darjah.

“Imkan ar-Ru'yah sebagaimana dipersetujui dalam Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).

“Menurut kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi kriteria yang ditetapkan pada tanggal 29 haribulan hijriah maka keesokannya dianggap sebagai permulaan bulan baharu. Namun, jika tidak kelihatan maka keesokannya disempurnakan menjadi 30 haribulan,” katanya.

Ujarnya lagi, kriteria tersebut dibangunkan berdasarkan pemerhatian yang berterusan terhadap data-data dan rekod kenampakan hilal di seluruh dunia yang menjadi kaedah alternatif menurut ilmu falak dalam membentuk satu takwim hijriah sistematik dan saintifik serta tidak bertentangan dengan syarak. – Getaran, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aura Hero Remaja! Netizen Tak Keruan Lihat Nadhir Nasar Berbaju Melayu Beli Ais Di Hari Raya

4

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Dibalik Tirai Besi, Bekas Ustazah Rindu Anak Terkenang Syawal

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad