web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Tular KSN, KPPA Disiasat Palsu - JPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 7:08AM

Jabatan Perdana Menteri menegaskan, tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat - Gambar Facebook Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri menafikan Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kerana kes salah guna kuasa.

Menerusi Facebook Jabatan Perdana Menteri, ia menegaskan, kenyataan media tular berhubung perkara itu adalah palsu.

“Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada kenyataan media didakwa dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri bertarikh 6 April 2023 yang tular di media sosial.

“Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah palsu. Pejabat Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ini,” katanya.

Jabatan Perdana Menteri menegaskan, tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri didakwa mengeluarkan kenyataan media berhubung pihaknya memandang berat isu sedang berlegar di media sosial berkenaan kes salah guna kuasa, membabitkan KSN dan KPPA, sehingga tular di media sosial

“Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, Perdana Menteri akan memberi keadilan kepada semua pihak.

“Sehubungan itu, SPRM akan menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap isu yang membabitkan kes ini,” menurut dakwaan itu.

Malah, kenyataan itu mendakwa, sebuah Suruhanjaya Siasatan juga akan ditubuhkan untuk menyiasat pertuduhan yang membabitkan kedua-dua pegawai tertinggi kerajaan itu. – Getaran, 7 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan