web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Duka Menjelang Aidilfitri, Jari Hancur Di Mesin Tebu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 11:32AM

Anggota bomba membantu mengeluarkan jari seorang kanak-kanak yang tersepit dalam mesin tebu di Merlimau, Melaka, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA  - Ketika Ramadan hanya berbaki kurang daripada seminggu lag, seorang kanak-kanak berdepan episod duka apabila kehilangan semua jari kiri, ketika membantu bapanya menjual air tebu.

Insiden pada jam 7.45 malam tadi di Taman Serkam Jaya, Merlimau itu turut menyebabkan pergelangan tangan kiri mangsa cedera parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.49 malam berhubung kejadian berkenaan.

Menurut beliau, tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamatkan mangsa.

"Ketika pasukan bomba tiba, kami dapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak- kanak sedang menahan kesakitan akibat jarinya tersepit di dalam mesin tebu.

"Operasi menyelamat dijalankan dengan penuh teliti dan berhati- hati bagi mengelakkan mangsa bertambah sakit,” katanya.

Beliau memberitahu, kerja menyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit menggunakan peralatan khas dan tangan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 8.12 malam.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Melaka bagi rawatan lanjut," katanya. – Getaran, 8 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad