web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Selamatkan 5 Lelaki Terperangkap Dalam Banjir Kilat Di Gua Musang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:00PM

Kejadian berlaku apabila kenderaan Perodua Aruz yang dinaiki kesemua mangsa hanyut dibawa arus deras ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Lima lelaki berusia antara 45 hingga 50 tahun yang terperangkap akibat banjir kilat yang berlaku berdekatan Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang, berjaya diselamatkan pihak bomba, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata kejadian berlaku apabila kenderaan Perodua Aruz yang dinaiki kesemua mangsa hanyut dibawa arus deras ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air itu.

“Kami menerima panggilan pukul 2.15 petang tadi memaklumkan terdapat lima lelaki terperangkap dan berada di atas saluran pembentung selepas kereta yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras.

“Kesemua mangsa sempat berpaut pada saluran pembentung dan terperangkap di tempat kejadian sebelum diselamatkan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Azizi berkata mangsa ditemukan berada di atas pembentung dalam keadaan kesejukan dan seorang mangsa hampir mengalami hypotermia.

“Kedalaman air di sekitar pembentung itu lebih dua meter dan anggota perlu berenang untuk mendapatkan mangsa dengan memakai ‘Personal Floating Device’ (PFD),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad