Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Laksana Lima Teras Menerusi Pelan Strategik Tangani Malpemakanan Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 9:09PM

Lima strategi demi mengatasi isu pemakanan tidak seimbang dalam kalangan murid sekolah telah dilancarkan dengan menyasarkan impak kepada kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak hari ini, memutuskan untuk melaksana lima strategi demi mengatasi isu pemakanan tidak seimbang dalam kalangan murid sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara keputusan itu ialah pengukuhan tadbir urus kesejahteraan pemakanan melalui perundangan, komitmen politik dan pemegang taruh, selain peningkatan kualiti serta akses perkhidmatan pemakanan bagi memerangi masalah beban berganda malpemakanan kanak-kanak.

“Tiga lagi strategi adalah pemantapan persekitaran dengan masyarakat kondusif dalam meningkatkan kesejahteraan pemakanan kanak-kanak; pemerkasaan pembangunan kapasiti dan modal insan ke arah kesejahteraan pemakanan golongan itu serta sinergi terhadap advokasi pemakanan mereka. 

“Pelan terbabit menyasarkan impak kepada kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun membabitkan individu, keluarga dan komuniti, termasuk golongan rentan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Ahmad Zahid berkata, langkah itu sebagai satu usaha mencegah dan mengawal masalah terbabit daripada terus meningkat, sekali gus mengurangkan beban kerajaan untuk menanggung kos rawatan.

“Ini termasuklah kempen kesedaran termasuk di rumah ibadat dan membabitkan lebih ramai sukarelawan, mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam agenda kesihatan berkenaan. 

“Saya pasti keberhasilan pelan ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan kerajaan untuk memerangi masalah malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak, bagi melahirkan generasi sihat serta produktif,” katanya. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, jawatankuasa berkenaan akan bermesyuarat dengan kekerapan dua kali setahun. 

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di bangunan Parlimen hari ini menegaskan, perbincangan dilakukan itu adalah untuk memastikan peruntukan disalur memberi impak positif kepada status pemakanan kanak-kanak (bantut dan obesiti). 

“Kita juga akan menekankan lima perkara, antaranya strategi komunikasi melalui kempen secara besar-besaran, perubahan pemikiran ke arah pencegahan berbanding rawatan penyaluran peruntukan perlu tertumpu kepada program dan aktiviti pencegahan berbanding rawatan.

“Selain itu, yang menjadi tumpuan adalah aspek penglibatan sukarelawan dalam pelaksanaan program dan aktiviti pencegahan malpemakanan; penyediaan menu di taska dan institusi pendidikan kanak-kanak perlu melalui Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Presiden UMNO itu juga memaklumkan, pihaknya ingin memberi keutamaan terhadap penglibatan rumah ibadah bagi menjalankan aktiviti peningkatan kesedaran dan pengetahuan masyarakat.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat tersebut memberi tumpuan terhadap aspek pemakanan seimbang kepada golongan muda dan belia yang akan menjadi pemacu pembangunan negara pada masa hadapan.

“Saya mahu semua kementerian dan agensi kerajaan yang terbabit, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat terus berganding bahu. 

“Ini perlu agar kita dapat bersama memerangi masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak bagi membina generasi Malaysia sihat dan Madani,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Kerajaan Perpaduan bercadang memerangi masalah pemakanan tidak seimbang dalam kalangan 5.6 juta kanak-kanak di negara ini, termasuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.

Memorandum Jemaah Menteri itu dibentang dalam masa terdekat supaya penyelarasan bagi inisiatif menangani isu berkenaan, dapat dilaksanakan memandangkan ia memerlukan kerjasama rentas kementerian dan agensi. - Getaran, 4 April 2023.

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 10 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan