web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAKIM Nafi Keluarkan Kalendar Tular Papar Tarikh Aidilfitri 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 1:12PM

JAKIM menafikan kalendar dibuat pihak tertentu mengenai penetapan beberapa tarikh penting umat Islam, termasuk sambutan Aidilfitri bagi tahun 2023 - Gambar Facebook JAKIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kalendar dibuat pihak tertentu mengenai penetapan beberapa tarikh penting umat Islam, termasuk sambutan Aidilfitri bagi tahun 2023.

Menurut JAKIM, kalendar didakwa dikeluarkan pihaknya itu adalah tidak sahih.

“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya (Aidilfitri) di negara ini yang dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR), selaku pihak diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, tular kenyataan memaparkan ‘Kalender Islam’ di media sosial yang menyenaraikan tarikh penting untuk masyarakat Islam, termasuk 1 Syawal dikatakan akan disambut pada 21 April ini.

Kenyataan itu turut memaparkan tarikh jangkaan musim haji bermula adalah pada 26 Jun, Hari Arafah (27 Jun) dan Aidiladha (28 Jun).

Menerusi ruangan komen, segelintir pihak menganggap kenyataan tular dikeluarkan pihak tertentu itu berkemungkinan bagi memberi maklumat awal kepada masyarakat untuk bersedia, khususnya untuk tarikh Aidilfitri.

Ia susulan situasi pada tahun lalu yang menyaksikan pengumuman Aidilfitri disampaikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menetapkan ia diraikan pada 2 Mei 2022.

Pengumuman pada malam 1 Mei itu, mengejutkan orang ramai yang menjangkakannya diraikan pada 3 Mei.

Situasi itu membuatkan orang ramai ‘kalut’ membuat persediaan dan mencetuskan tanda pagar #rayamengejut.

“Sah ke tak sah (kenyataan) kena bersiap sedia jugak, cukup sekali tahun lepas,” kata Rizqi.

“Masing-masing teringat peristiwa tahun lepas. Apa-apa pun jangan gelojoh. Awai lagi ni baru 12 Ramadan. Kalau jadi macam tahun lepas, mandi dekat RnR lagi la subuh-subuh raya,” tulis Nurul.

“Imbauan raya mengejut 2022,” ujar Mahadhir.

Justeru, ada netizen meminta JAKIM supaya memaklumkan tarikh Aidilfitri lebih awal bagi mengelakkan peristiwa tahun lalu itu berulang kembali, selain memudahkan orang ramai membuat persediaan lebih teratur.

“Hebah awal-awal, jangan jadi macam tahun lepas, menggelabah satu Malaysia dibuatnya,” menurut Amiruddin. – Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad