web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Berbuka Puasa Bersama Barisan Kabinet, Menteri Besar Dan Duta Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 8:42PM

Anwar beramah mesra bersama anak-anak yatim dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia pada Majlis Iftar Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Penjawat Awam, Duta dan Perwakilan Asing di Kompleks Seri Perdana malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berbuka puasa bersama barisan Kabinet serta Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara di Seri Perdana di sini.

Majlis itu, yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu, turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, menteri besar, ketua menteri, duta asing dan barisan penjawat awam. 

Antara yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Menteri, Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Anwar dalam ucapannya berterima kasih kepada semua yang hadir ke majlis itu hari ini meskipun menerima jemputan dalam tempoh yang singkat.  

“Mudah-mudahan Ramadan mengangkat darjat ketakwaan kepada Allah SWT. Manfaatkan majlis ini untuk mengeratkan silaturahim sesama kita,” katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran anak yatim dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dengan mereka sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

Seri Perdana, yang dibina pada 1997, merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek