web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Singkir Cecair Nikotin Dari Akta Racun Tindakan Tidak Masuk Akal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 6:01PM

Dr Lokman berkata, dengan mengecualikan cecair rokok elektronik yang bernikotin dari akta racun, sesiapapun termasuk pengusaha vape boleh mengimport cecair rokok elektronik tanpa sebarang kawalan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dari Akta Racun 1952 disifatkan sebagai dasar dan keputusan yang amat tidak logik.

Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, cadangan itu akan mengundang implikasi kesihatan kepada rakyat.

“Yang bahayanya, tanpa undang-undang mengawal vape, pengusaha kecil-kecilan boleh memasukkan nikotin ke dalam cecair vape, yang mana nikotin ini boleh dibawa masuk tanpa kawalan.''

Menurut beliau, penggunaan nikotin selama ini dikawal di bawah peraturan akta racun kerana pengambilan bahan itu dalam dos tertentu boleh memberi kesan buruk.

“Antara lain, ia akan menyebabkan jantung berdenyut terlalu laju atau arythmias dan boleh menyebabkan kematian kerana kesan pengambilan nikotin berpanjangan.

“Rokok juga mengandungi nikotin. Namun nikotin ini hadir secara semula jadi daripada daun tembakau atau nama lainnya Nicotina Tobaccum. Tetapi paras nikotin dalam rokok dikawal di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,” katanya hari ini.

Dr Lokman Hakim berkata, kesan keracunan akut nikotin dalam bentuk cecair adalah lebih tinggi berbanding nikotin semulajadi dalam daun tembakau.

“Vape bukan tembakau maka peraturan rokok tidak terpakai untuk vape,” katanya.

KKM sebelum ini memaklumkan, kementerian terbabit sedang dalam proses untuk mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dari Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, bagaimanapun memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan tetap diteruskan.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Profesor Amrahi Buang menggesa kerajaan supaya menolak cadangan memberikan pengecualian kepada produk cecair atau gel nikotin daripada kawalan di bawah Akta Racun 1952.

Katanya, cadangan sedemikian akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia, malah ia dilakukan bukan untuk kepentingan negara.

Mengulas lanjut, Dr Lokman berkata, dengan mengecualikan cecair rokok elektronik yang bernikotin dari akta racun, sesiapapun termasuk pengusaha vape boleh mengimport cecair rokok elektronik tanpa sebarang kawalan.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan) Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) itu memaklumkan, kepekatan paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik yang tinggi akan menyebabkan ketagihan dan menyebabkan pengguna terus menghisap vape.

“Yang bahayanya, tanpa undang-undang mengawal vape, pengusaha kecil-kecilan boleh memasukkan nikotin ke dalam cecair vape, yang mana nikotin ini boleh dibawa masuk tanpa kawalan.

“Ini boleh dilakukan di ‘kaki lima’ kedai sahaja. Jadi bagaimana mereka mengukur kepekatan nikotin dalam cecair vape? Badan mana yang akan mengawalnya? Allah saja yang tahu kepekatan nikotin dalam vape, industri yang menjadi kebanggaan sesetengah pemimpin kerana ramai anak Melayu yang terlibat,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan langkah diambil oleh kerajaan dan mengharapkan agar pihak berkuasa boleh membetulkan ‘kesilapan’ tersebut, sehingga satu akta yang boleh mengawal penggunaan nikotin dalam industri vape digubal.

Pakar perunding kesihatan awam itu berkata lagi, kerajaan sekurang-kurangnya boleh membetulkan keputusan mengerikan itu dengan menahan cukai vape seperti yang dituntut oleh semua badan profesional kesihatan, sehingga satu akta yang boleh mengawalnya digubal oleh Parlimen

“Semoga Allah melindungi anda semua dan terutamanya anak-anak Malaysia kita kerana akan berurusan dengan pembuat dasar kesihatan awam yang paling tidak masuk akal pernah saya lihat.

“Ia seperti mereka membuka pintu banjir apabila mereka tidak mempunyai kunci untuk menutupnya kembali, menghampiri kebodohan dalam membuat dasar,” katanya. - Getaran, 3 April 2023.



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad