web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen PN Keluar Dewan Selepas Usul Membahaskan Pengeluaran KWSP Ditolak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 1:19PM

Pembangkang bertindak keluar dari Dewan selepas Speaker menolak usul untuk membahaskan cadangan membenarkan pengeluaran sekali lagi KWSP secara bersasar. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pagi ini ‘kecoh’ seketika selepas Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan, sebagai tanda membantah keputusan Speaker yang menolak usul mereka untuk membahaskan cadangan membenarkan pengeluaran sekali lagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-PN) mengetuai tindakan keluar Dewan Rakyat itu yang membabitkan puluhan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Hamzah Zainuddin - Gambar dari Jabatan Penerangan
Hamzah Zainuddin - Gambar dari Jabatan Penerangan

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin kanan parti gabungan PN, iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak hadir.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN), yang membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Dewan Rakyat pada Jumaat, memberitahu Dewan bahawa ia ditolak Speaker Datuk Johari Abdul hari ini.

“Alasan diberikan adalah kerana Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri sudah menjelaskan mengenai pengeluaran KWSP secara bersasar itu. Namun begitu banyak aduan rakyat yang saya terima bahawa penjelasan diberikan tidak memuaskan.

“Tolong izinkan kami membahaskan perkara itu hari ini, lebih-lebih lagi ia adalah kepentingan umum kerana ramai perlu membuat pengeluaran,” katanya.

Alice Lau - Gambar fail
Alice Lau - Gambar fail

Sebagai respons, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau yang mempengerusikan Dewan pagi tadi berkata, keputusan Speaker adalah muktamad dan menasihatkan pembangkang memfailkan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) menegaskan, tindakan memfailkan rayuan adalah sia-sia kerana sesi terbabit akan berakhir esok.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN kemudian menegaskan, pengeluaran KWSP adalah isu mendesak kerana banyak pihak berharap ia dapat dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

Lau bagaimanapun mengekalkan pendiriannya dan berkata keputusan dibuat Speaker adalah muktamad, mengikut Peraturan Mesyuarat 43.

Selepas percubaan tambahan Ahli Parlimen pembangkang untuk mendesak Lau supaya bersetuju dengan tuntutan mereka untuk berdebat tetap ditolak, Hamzah berkata ‘jika begini, kami akan meninggalkan Dewan Rakyat sebagai menunjukkan bantahan kami,”

Dalam sidang media selepas keluar Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Seri Takiyuddin Hassan melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Speaker menolak perbahasan, memandangkan usul Wan Fayhsal memenuhi ketiga-tiga kriteria di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), bahawa ia bermakna perkara itu sudah jelas, berkepentingan awam dan mendesak.

Setiausaha Agung PAS itu juga menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelirukan Dewan Rakyat apabila berkata, ahli KWSP boleh menggunakan simpanan mereka sebagai cagaran untuk pinjaman bank.

Takiyuddin Hassan - Gambar dari Jabatan Penerangan
Takiyuddin Hassan - Gambar dari Jabatan Penerangan

“Ini melanggar Seksyen 51 Akta KWSP. Malah pakar undang-undang mengatakan jika Perdana Menteri mahu melaksanakannya, akta itu mesti dipinda terlebih dahulu,” katanya.

Seksyen 51 mengatakan caruman dan deposit KWSP tidak boleh diserah hak, dipindahkan, dilampirkan, diketepikan, dilevi, untuk atau berkenaan dengan, sebarang hutang atau tuntutan apa jua pun.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan pada 21 Mac lalu menegaskan, cadangan membenarkan ahli KWSP menggunakan simpanan untuk membuat sandaran pinjaman bank tidak melanggar Akta KWSP.

Diminta mengulas tindakan mereka selepas ini, Takiyuddin berkata, pembangkang akan memaklumkan kepada orang ramai bahawa dasar kerajaan adalah bertentangan dengan undang-undang dan mereka mungkin mengadakan jelajah di seluruh negara.

Namun, selepas sidang akhbar, ramai Ahli Parlimen PN dilihat masuk semula ke Dewan Rakyat. – The Vibes, 3 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad