web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kutipan Cukai Vape Dengan Nikotin Bermula Mei Ini - Kementerian Kewangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:12PM

Pendaftaran awal dalam tempoh yang ditetapkan itu boleh mengelakkan pengilang dikenakan kompaun atas kesalahan lewat mendaftar. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain industri vape, khususnya pengilang tempatan yang mengeluarkan produk cecair atau gel mengandungi nikotin, diberi tempoh sehingga 30 April ini untuk mendaftarkan aktiviti pengilangan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pendaftaran awal dalam tempoh yang ditetapkan itu boleh mengelakkan pengilang dikenakan kompaun atas kesalahan lewat mendaftar.

Malah katanya, pendaftaran awal itu akan memastikan pematuhan industri yang menyeluruh serta pengutipan cukai berjalan lancar menjelang Mei ini.

“Industi vape diberi masa dari 1 April sehingga 30 April ini untuk mendaftar aktiviti pengilangan vape.

“Pendaftaran pelesenan di bawah Akta Eksais 1976 bole dibuat secara dalam talian melalui Sistem MyExcise di patan myexcise.customs.gov.my/mvexcise/,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas notis warta kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan kelmarin mengenai cukai baharu bagi rokok elektronik (e-rokok) dan vape dengan nikotin akan dikenakan pada kadar 40 sen setiap milimeter (ml) mulai semalam.

Menurut warta itu lagi, nikotin dalam gel dan cecair yang digunakan dalam produk tersebut telah dikeluarkan daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Warta tersebut yang mengecualikan nikotin dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai racun, ditandatangani Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan disiarkan di laman sesawang Perundangan Persekutuan.

Turut dikecualikan ialah tembakau dan nikotin dalam “bentuk tampalan atau gula-gula getah untuk digunakan sebagai bantuan berhenti merokok”.

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Azim Rahman
Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Azim Rahman

Keputusan itu bagaimanapun dikritik pelbagai pihak dengan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Jamaluddin berkata, satu akta baharu perlu digubal terlebih dahulu bagi memastikan sebarang risiko yang berpunca daripada produk itu dapat diatasi sekiranya pengecualian dibuat.

Jelas beliau, meskipun pentadbiran lalu berhasrat mengenakan cukai terhadap produk cecair vape, ia tidak menandatangani warta untuk mengeluarkannya daripada jadual Akta Racun 1952.

“Pendirian saya dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini, adalah mesti ada akta baharu untuk sambut tindakan itu.

“Jika tidak ada akta baharu, berlaku lacuna (kelompongan) dalam undang-undang kerana vape tidak dapat dikawal langsung.

“Disebabkan itu kami bawa Akta Kawalan Merokok, tetapi tak sempat diluluskan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, malam tadi.

Selain itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Prof Amrahi Buang berkata, pihaknya tidak melihat terdapat keperluan untuk mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 sebelum RUU baharu itu diluluskan.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh KKM ketika ini memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat terutamanya kanak-kanak.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, KKM akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu untuk mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan bagi tujuan merokok.

Katanya, RUU baharu itu akan dibentangkan dengan segera pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 yang dijangka bersidang Mei depan. – Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad