web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Media Main Peranan Sampaikan Agenda Kerajaan Kepada Rakyat - Hajiji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:10AM

Hajiji (tiga dari kanan) hadir pada pogram Sabah Berselawat sempena sambutan Hari RTM ke-77 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, malam tadi. - Gambar dari Facebook RTM Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peranan media antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM) penting untuk membantu menyampaikan maklumat dan agenda kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata agenda pembangunan kerajaan perlu disampaikan ke seluruh negeri agar setiap usaha yang sedang dan akan dilaksanakan diketahui oleh rakyat di negeri ini.

"Ini termasuklah insiatif pembangunan iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Kita mahu semua rakyat tahu maklumat yang terkandung dalam Halatuju SMJ ini.

"Saya berharap RTM sama ada menerusi siaran radio atau televisyen terus memberi maklumat yang terkandung dalam Halatuju SMJ, apa yang telah dan sedang dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sabah Berselawat sempena sambutan Hari RTM ke-77 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, Aminah Samsudin Mohd.

Ketua Menteri berkata antara kejayaan terbaru dicapai oleh kerajaan negeri ialah memorandum persefahaman (MoU) antara Kumpulan Linaco dan Sawit Kinabalu bagi pembinaan sebuah kilang pemprosesan kelapa bersepadu bernilai RM200 juta di Langkon, Kota Marudu.

“Sabah juga telah merealisasikan pengambilalihan 50 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC Samarang dengan termeterai perjanjian dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB)," katanya.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata ia sejajar dengan konsep Malaysia MADANI, nadi penggerak masyarakat bertamadun dengan usaha perpaduan dan bersatu untuk memanfaatkan insaniah, ekonomi serta sosial.

Katanya, program Sabah Berselawat 2023 yang julung kali dianjurkan oleh RTM Sabah dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam.

Sementara itu, Aminah, berkata program Sabah Berselawat itu dibuat untuk diangkat sebagai Program Radio di lokasi RDL tahunan stesen SABAHfm dengan penglibatan lebih ramai jemputan termasuk pusat tahfiz dan orang ramai.

Beliau berkata program seumpama itu akan dapat merakyatkan RTM dan mengekalkan peranannya  sebagai stesen penyiaran unggul negara serta menjadi jenama nombor satu dalam bidang penyiaran. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad