web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Baharu Kawal Selia Produk Rokok Dibentang Di Parlimen Mei Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 5:24PM

KKM menyasarkan untuk membentangkan RUU baharu itu dengan segera pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 yang dijangka bersidang Mei depan. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu untuk mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan bagi tujuan merokok.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya menyasarkan untuk membentangkan RUU baharu itu dengan segera pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 yang dijangka bersidang Mei depan.

“RUU baharu itu bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin di dalam cecair rokok elektronik (e-rokok) atau vape,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, KKM sudah menjalankan sesi libat urus berkenaan dasar yang ditetapkan di bawah RUU baharu ini, termasuk peruntukan Generational Endgame (GEG) atau Generasi Penamat Rokok kepada semua pihak berkepentingan.

Katanya, libat urus itu turut membabitkan Ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan profesional dan pihak lain yang berkaitan.

“KKM sangat prihatin atas kebimbangan, reaksi dan maklum balas diterima di media massa susulan pengecualian sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan e-rokok atau peranti pengewapan elektronik daripada Senarai Racun di dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952 (Akta 366),” katanya.

Jelas beliau lagi, pengecualian itu selaras dengan keputusan pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan mengenakan duti eksais ke atas produk berkenaan.


Katanya, lanjutan pengecualian ini, sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan e-rokok atau peranti pengewapan elektronik kini adalah suatu barangan berduti eksais dan dikawal di bawah Akta Eksais 1976 (Akta 176).

“Akta Eksais 1976 memperuntukkan kawalan antaranya dengan melesenkan aktiviti pengilangan dan penggudangan yang melibatkan sediaan ini. Mana-mana orang yang mengilang barangan berduti eksais tanpa lesen boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Awal hari ini, Getaran melaporkan cukai baharu bagi e-rokok dan vape dengan nikotin akan dikenakan pada kadar 40 sen setiap milimeter (ml) mulai hari ini.

Menurut notis warta kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam, nikotin dalam gel dan cecair yang digunakan dalam produk tersebut telah dikeluarkan daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Warta tersebut yang mengecualikan nikotin dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai racun, ditandatangani Dr Zaliha dan disiarkan di laman sesawang Perundangan Persekutuan.

Warta pada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023, menyatakan bahawa nikotin, “digunakan untuk merokok melalui e-rokok dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel”, dikecualikan daripada senarai racun.

Turut dikecualikan ialah tembakau dan nikotin dalam “bentuk tampalan atau gula-gula getah untuk digunakan sebagai bantuan berhenti merokok”.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan e-rokok atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).

Katanya, ini termasuk meneruskan pelaksanaan program pencegahan merokok dan intervensi berhenti merokok di sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Yayasan Sukarelawan Siswazah, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan NGO berkaitan. – Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad