Berita Terkini

10 minit yang lalu: PM Anwar mahu 30 peratus kuota wanita dalam kepimpinan Majlis Belia Malaysia 19 minit yang lalu: Anak muda harus bangkit dari terus diperalat penunggang agama dan kaum - PM Anwar 2 jam yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 2 jam yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 4 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi

IKUTI KAMI


Anwar Seru Ahli Perniagaan Malaysia Di Luar Negara Bawa Pulang Pelaburan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:22PM

Anwar berkata fokus utama adalah membina semula negara dengan bantuan pelaburan domestik dan asing. - Gambar dari Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli perniagaan Malaysia di luar negara untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan ke dalam negara.

Beliau berkata, fokus utama adalah membina semula negara dengan bantuan pelaburan domestik dan asing.

“Masanya sudah tiba. Tidak mengapa untuk melabur di luar Malaysia, tetapi apa yang diperlukan ialah memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia,” katanya kepada hampir 300 tetamu pada Majlis Iftar dianjurkan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di China (Maycham China ) di sini.

Majlis itu turut menyaksikan kehadiran ramai pemimpin China Muslim dan delegasi perniagaan.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyampaikan pesanan kepada anggota Kabinet yang mengiringinya semasa lawatan rasmi ke China.

Beliau mengulangi gesaan agar menteri ‘melakukan apa sahaja diperlukan’ untuk memudahkan urusan perniagaan di Malaysia, terutama mengelak kelewatan dan menanggung kos tambahan.

Sementara itu, dalam pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping, Anwar berkata, beliau kagum dengan sikap rendah diri ditunjukkan pemimpin kanan itu.

Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di sini, petang tadi.

Ketika Perdana Menteri disambut Xi, sebelum kedua-duanya meneruskan mesyuarat yang berlangsung hampir sejam.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing serta Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Beliau juga antara beberapa pemimpin asing pertama melawat Beijing selepas Xi dipilih semula untuk penggal ketiga serta pelantikan Li Qiang sebagai Perdana Menteri, awal bulan ini.

China juga adalah satu daripada lapan negara dilawati Anwar sejak beliau memegang jawatan kira-kira empat bulan lalu. – The Vibes, 31 Mac 2023
 

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Inflasi Turun, Kenapa BNM Masih Naikkan OPR? - Guan Eng

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jelaskan Sebab Utama UMNO Bersama PH, Jika Tidak…

oleh Aiman Sadiq

Semasa 55 saat yang lalu

Macau Scam: Guru Dakwa Rugi RM187,000

Semasa 1 hari yang lalu

KKD Pantau, Sekat Video Sebar Ajaran Sesat Di Media Sosial