web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rapid Rail Giat Usaha Atasi Gangguan Perkhidmatan Rel

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:02PM

Rapid Rail telah meningkatkan bilangan kakitangan teknikal di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti serta menyediakan alat ganti kritikal agar proses baik pulih dapat dilakukan dengan lebih singkat. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) kini giat menjalankan usaha untuk mengenal pasti serta mengatasi beberapa isu berkaitan operasi rel yang telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan sejak kebelakangan ini.

Dalam kenyataan hari ini, Rapid Rail memaklumkan hal ini susulan beberapa insiden gangguan perkhidmatan melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya serta Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang dan Putrajaya yang telah mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan di platform.

“Siasatan awal atas semua kejadian gangguan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu,” menurut kenyataan itu.

Selain menggiatkan usaha penambahbaikan, Rapid Rail juga telah meningkatkan bilangan kakitangan teknikal di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti serta menyediakan alat ganti kritikal di stesen-stesen agar proses baik pulih dapat dilakukan dengan lebih singkat sekali gus mengurangkan tempoh masa gangguan.

“Kesemua usaha penambahbaikan yang dilakukan adalah bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan pengangkutan berkualiti untuk para pengguna. Ia juga selari dengan komitmen Rapid Rail untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para pengguna perkhidmatan rel sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, berlaku beberapa insiden gangguan membabitkan operasi rel perkhidmatan seperti MRT Laluan Putrajaya, MRT Laluan Kajang, LRT Laluan Kelana Jaya, namun Rapid Rail berjaya mengatasi masalah berkenaan dengan kadar yang segera.

“Rapid Rail memohon maaf kepada semua pengguna atas kesulitan yang dialami ketika menempuh waktu gangguan ini dan amat menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Final Piala FA: Perkhidmatan LRT Dilanjut Hingga 1 Pagi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad