web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boleh Serap Kakitangan Kontrak Ke Jawatan Tetap, Tetapi Jangan Pinda Akta 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:03PM

CUEPACS menolak cadangan meminda Akta Pencen 1980 bagi membolehkan pelantikan kakitangan awam ke jawatan tetap dengan pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menolak cadangan meminda Akta Pencen 1980, bagi membolehkan pelantikan kakitangan awam ke jawatan tetap dengan pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pihaknya bimbang pindaan itu akan memberi kesan kepada semua penjawat awam apabila mereka tidak dibenarkan memilih skim tetap sama ada pencen atau caruman KWSP.

Katanya, sudah tentu langkah menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap dengan caruman KWSP itu, membabitkan pindaan kepada Akta Pencen 1980.

Adnan Mat
Adnan Mat

“Sedangkan perkara ini sememangnya sudah sedia ada dalam Akta Pencen 1980 yang memberi pilihan kepada penjawat awam sama ada memilih skim pencen atau KWSP.

“Sebarang pindaan ke atas Akta Pencen 1980 sepatutnya tidak mengurangkan apa-apa faedah diterima penjawat awam pada ketika ini,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata, ia bagi menangani bebanan tugas melebihi kapasiti sumber sedia ada, selain untuk mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 bilion pada 2021.

“Kita sedar beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen, iaitu pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 bilion serta meningkat kepada RM29.1 bilion pada 2021, ini adalah beban sangat tinggi dan mungkin terus meningkat.

“Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen, namun mendapat manfaat sama seperti pekerja tetap lain, antaranya boleh membuat pinjaman perumahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, semalam.

Sehubungan itu, Adnan berkata, pihaknya berharap agar KKM dan JPA turut membabitkan CUEPACS dalam mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan doktor kontrak ketika ini.

“CUEPACS mengalu-alukan usaha atau inisiatif KKM bagi menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan menegaskan, langkah itu adalah wajar susulan sektor kesihatan negara kekurangan sumber manusia bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

“CUEPACS berpandangan kerajaan tidak seharusnya memberi tumpuan kepada pegawai perubatan sahaja dalam soal kakitangan berstatus kontrak di bawah KKM, memandangkan ramai lagi pegawai perjawatan lain yang kritikal masih berstatus kontrak seperti jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam, jururawat masyarakat, juru x-ray dan juruteknik makmal perubatan.

“Mereka ini juga berada di sektor kritikal serta perlu diberi perhatian sama oleh kerajaan. Sejak sekian lama, CUEPACS berpendirian lantikan kontrak dalam kalangan penjawat awam, terutama dalam sektor kesihatan ini tidak sepatutnya diamalkan,” katanya.

Sementara itu, Adnan menyeru agar setiap penjawat awam, termasuk petugas di sektor kesihatan kekal fokus dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.

Jelasnya, setiap permasalahan timbul tidak sewajarnya diterjemahkan dengan pelbagai tindakan yang boleh menjejaskan tugas di sektor masing-masing. 

“Tindakan mogok tidak menyelesaikan sebarang permasalahan, bahkan boleh mengakibatkan lebih banyak masalah terutama kepada rakyat yang mahukan perkhidmatan terbaik daripada kita sebagai penjawat awam. 

“Kegagalan penyampaian perkhidmatan awam pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap penjawat awam dan kerajaan,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2023.
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar