web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penolakan Semakan Najib Bukti Pertuduhan Tidak Bermotif Politik - Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 3:38PM

V Sithambaram (tengah) pada sidang media di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan semakan semula Datuk Seri Najib Razak bagi kes SRC International Sdn Bhd adalah justifikasi membuktikan bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau adalah sah dan tidak bermotifkan politik.

Beliau berkata demikian berikutan keputusan penghakiman 4-1 oleh panel lima hakim yang mendengar permohonan yang difailkan mantan Perdana Menteri itu.

“Terdapat juga persoalan tentang perasaan pihak pendakwaan (mengenai keputusan itu), dan saya mesti memberitahu anda bahawa tiada kegembiraan dalam pendakwaan yang berjaya kecuali Jabatan Peguam Negara sudah dapat memastikan kedaulatan undang-undang diguna pakai dalam kes ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

V Sithambaram
V Sithambaram

Sithambaram berkata, keputusan hari ini menghantar mesej yang kuat kepada ahli politik dan orang ramai bahawa tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

“Saya ingin menegaskan bahawa pendakwaan yang berjaya ini mesti menghantar mesej mengerikan kepada pesalah lain bahawa undang-undang akan mengejar anda dan menghukum mereka yang bersalah,” katanya.

Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir di mahkamah hari ini.
Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir di mahkamah hari ini.

Sithambaram berkata, walaupun dari segi undang-undang, masih ada ruang untuk pihak pembelaan memfailkan semakan lanjut, terutamanya memandangkan terdapat satu penghakiman berbeza, ia tidak mungkin berlaku.

“Semakan adalah untuk keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. Jika anda ingin membuat semakan selepas semakan, maka tiada henti. Dari segi undang-undang, ada kemungkinan, tetapi tidak mungkin.

“Adalah menjadi harapan pihak pendakwaan bahawa ini akan membawa penutupan kepada kes SRC International,” katanya.

Penyokong Najib berpelukan dan tidak dapat menahan sebak selepas Mahkamah Persekutuan menolak usaha terakhir Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda. - Gambar oleh Alif Omar
Penyokong Najib berpelukan dan tidak dapat menahan sebak selepas Mahkamah Persekutuan menolak usaha terakhir Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda. - Gambar oleh Alif Omar

Terdahulu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, dalam menyampaikan penghakiman majoriti berkata, keputusan menolak permohonan Najib dibuat selepas mempertimbangkan semua hujahan dalam perbicaraan terdahulu, serta semua bukti dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

Beliau berkata, setelah mempertimbangkan semua rekod, mahkamah tertinggi mendapati semua sabitan awal terhadap Najib adalah selamat dan hukuman yang dikenakan terhadap mantan perdana menteri itu tidak keterlaluan, dan oleh itu disahkan.

“Kami berpendapat permohonan semakan itu tidak lebih daripada mencabar merit keputusan Mahkamah Persekutuan. Sehubungan itu, permohonan semakan ditolak,” katanya.

Keputusan hari ini bermakna Najib akan terus menjalani hukumannya.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh mahkamah tinggi pada 28 Julai 2020.

Selepas itu, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan yang dikenakan terhadap beliau. – The Vibes, 31 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad