web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Akan Benarkan Kuasa Besar Tentukan Masa Depannya - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 1:54PM

Anwar ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tsinghua, Beijing hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju masa depannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Anwar, sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka, Malaysia akan mempertahankan kedaulatannya dan menentukan perkara yang terbaik untuk negara.

“Tiada siapa yang harus menentukan hala tuju kita, sebagai negara yang bebas dan merdeka, kita akan memutuskan apa yang terbaik untuk kita. Kita membuat keputusan berdasarkan nilai teras dan prinsip, iaitu untuk memastikan bahawa kita mempunyai tadbir urus yang baik dan dasar yang akan memberi manfaat kepada negara serta rakyat.

"Kita juga harus mengekalkan kedudukan ini dalam ASEAN, kerana ASEAN ditubuhkan sebagai zon bebas dan berkecuali," katanya menjawab soalan mengenai persaingan China-Amerika Syarikat (AS) semasa syarahan umum di Universiti Tsinghua yang merupakan universiti tersohor di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang sedang dalam lawatan rasmi sulung ke Republik itu minggu ini berkata beliau dilihat sebagai pro-China tetapi sebagai negara perdagangan, Anwar berkata Malaysia mahu membina hubungan baik dengan semua negara, termasuk China dan AS.

Beliau berkata Malaysia tidak melihat China sebagai pesaing mahupun ancaman walaupun mungkin terdapat beberapa perselisihan faham antara kedua-dua negara.

"Memandangkan tiada ancaman langsung dari China, kami gembira menjadi jiran yang baik, kawan dan mendapat manfaat daripada kejayaan mereka," katanya.

Anwar berkata China dan AS juga perlu memahami bahawa hubungan diplomasi antarabangsa yang dinamik hari ini telah berubah, dan konflik Rusia-Ukraine yang berterusan menjejaskan seluruh dunia.

“Zaman penjajahan dan imperialisme baharu telah berlalu. Tiada negara boleh menentukan (sesiapa sahaja). Rakyat mahu menuntut kebebasan mereka dan memutuskan apa yang terbaik untuk diri dan negara mereka,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad