Berita Terkini

2 jam yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 2 jam yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 2 jam yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 2 jam yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 2 jam yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Saya Tak Faham Kenapa Kerajaan Gagal Fahami Kesusahan Rakyat, Hingga Berjalan Kaki…

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 6:29PM

Wan Saiful menyokong rayuan agar pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan oleh kerajaan, - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan hairan dengan sikap kerajaan yang didakwanya masih gagal memahami kesusahan rakyat yang benar-benar memerlukan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut beliau, ada seorang pencarum sanggup berjalan kaki beratus kilometer untuk menarik perhatian Kerajaan Perpaduan terhadap derita yang ditanggungnya ketika ini.

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

“Saya sedih kerana kerajaan kayangan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga jadi begini.

“Saya menyokong rayuan agar pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan. Saya tidak faham kenapa PH-UMNO terus gagal memahami kesusahan rakyat dan amat anti rakyat sehingga ada yang terpaksa tunjuk perasaan sebegini.

“Berjalan kaki ini adalah lambang betapa rakyat terdesak. Apa lagi PH-UMNO mahu? Hendak sampai ada yang bercerai-berai dan keluarga hancur sebab tak mampu hidup?” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, seorang pemandu teksi, Norazlan Ismail, 49, sanggup berjalan kaki sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai, Johor menuju ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP supaya kepayahannya disedari kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Norazlan memulakan misi perjalanan solonya jam 10 malam kelmarin, dan setakat petang semalam, dia sudah tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Renggam.

Katanya, ia umpama 'misi gila' namun dia tiada cara lain dan menganggapnya sebagai usaha supaya kerajaan memahami betapa terdesak individu sepertinya mahukan pengeluaran caruman tersebut.

“Saya berpisah dengan isteri Ogos tahun lalu dan ia ada kaitan dengan soal kewangan. Jadi, jika saya dapat pengeluaran bersasar seperti RM10,000 hingga RM30,000 itu, saya boleh usaha dapatkan kembali keluarga saya dan bina semua keluarga saya.

“Saya bekerja sebagai pemandu teksi selepas pandemik COVID-19. Ketika pandemik, saya bekerja sebagai pemandu kepada seorang individu bergelar Datuk di Johor Baru.

“Apabila perniagaannya merudum, saya terpaksa berhenti. Hutang saya juga 'keliling pinggang' kerana perlu tampung pelbagai kos.

“Niat saya ialah supaya Perdana Menteri tahu bahawa pengeluaran caruman KWSP ini sangat penting untuk individu seperti saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya untuk mengenalpasti lokasi Norazlan bagi memastikan dia dalam keadaan sihat dan selamat.

“Alhamdulillah saya juga berjaya dapatkan ruang untuk membolehkan rintihan beliau disampaikan terus ke Istana Negara apabila beliau sampai ke Kuala Lumpur nanti,” katanya. – Getaran, 30 Mac 2023

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jambatan Bagan Datuk Dibuka Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

Sukan 2 jam yang lalu

Cabaran Negara Pada Terbuka Thailand Berakhir

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Disyaki Didera Anak, Menantu

oleh Wartawan Getaran