web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Teliti Penyelesaian Isu Mutu Perkhidmatan Telekomunikasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 5:12PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti langkah-langkah penyelesaian yang boleh dilakukan bagi memastikan mutu serta kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi menyamai atau melebihi apa yang dijanjikan kepada orang ramai.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan melibatkan pihak penyedia perkhidmatan.

"Saya juga guna Internet di rumah, tapi (kelajuan) yang dipaparkan memang ada beberapa isu, sebahagiannya teknikal, sebahagian berkaitan dengan bila Internet itu digunakan, waktu itu mungkin waktu puncak ramai yang menggunakan.

"Perkara sama juga berlaku bagi akses jalur lebar tanpa wayar yang dipasang di pos Orang Asli di Gua Musang sebagai contoh, perancangannya adalah untuk dua tahun tapi dalam masa dua tiga bulan kesesakan rangkaian itu telah berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet) di sini hari ini.

Beliau berkata selain perkhidmatan berkaitan kemudahan jalur lebar, isu liputan rangkaian telekomunikasi di sesuatu kawasan juga merupakan antara yang diteliti kementerian untuk diselesaikan.

Menurut Fahmi masalah 'dropped calls' atau panggilan terputus yang terjadi disebabkan isu teknikal berkaitan perkongsian rangkaian antara menara telekomunikasi, turut diharap dapat diselaraskan antara syarikat telekomunikasi menjelang Jun ini.

"Ini masalah yang saya minta SKMM untuk teliti. Ia mungkin makan masa tapi penyelesaian secara dasar saya percaya kita dapat laksanakan menjelang Jun ini," katanya.

Sementara itu, mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang dilancarkan hari ini, Fahmi berkata ia menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan hingga 30 Mbps dan data tanpa had dengan harga RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Katanya harga pakej yang ditawarkan itu adalah 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa sekitar RM89 dengan spesifikasi sama, sekali gus membolehkan penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.

"Pengenalan pakej ini selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup bagi golongan sasar pakej ini iaitu golongan B40, veteran Angkatan Tentera Malaysia, pesara polis, pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, orang kurang upaya serta warga emas," katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Operasi SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Korporat dan Kawal Selia Telekom Malaysia Tengku Muneer Tengku Muzani. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar