web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:00AM

Pembangunan semula Pasar Chow Kit dilaksanakan bagi memberi imej baharu terhadap kawasan itu dan persekitarannya. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangunan semula Pasar Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit tidak pernah terbengkalai, malah Fasa 1 projek itu sudah disiapkan sepenuhnya pada 25 April 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan Persekutuan komited dalam meneruskan pembangunan semula projek pasar berkenaan.

Katanya, ia terbukti apabila Fasa 2 projek pembangunan semula pasar itu sudah dilaksanakan dengan kemajuan sehingga 90 peratus.

“Projek (Fasa 2) ini bermula pada 17 Oktober 2022 dan keseluruhan pembangunan semula terbabit dijangka siap 12 Oktober 2025.

“Perjalanan projek ini sekarang adalah pada peringkat perlaksanaan dan untuk makluman, pembangunannya sudah siap sebahagian,” katanya.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.

Dalam soalannya, Johari bertanya mengenai bilakah projek Pasar Raja Bot yang didakwa terbengkalai sejak 10 tahun lalu itu akan disiapkan, selain berapakah peruntukan sudah diluluskan kerajaan untuk menaik taraf pasar berkenaan.

Pada masa sama, Azalina berkata, kontraktor utama projek itu sebelum ini ditamatkan kontrak pada 18 Ogos 2021 akibat faktor prestasi.

Menurutnya, proses pelantikan bagi kontraktor penyiap selesai melalui tender terbuka.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, kontraktor penyiap sudah dilantik pada 26 September 2022 dengan kos berjumlah RM125,800,000 untuk menyambung baki projek yang masih belum siap.

“Untuk makluman, kontraktor penyelamat baharu akan menyelesaikan baki kerja, iaitu baki 10 peratus Fasa 2 yang dijangka siap pada 19 Mei 2023; Fasa 3 (dijangka siap 6 Disember 2024) dan Fasa 4 (dijangka siap 12 Oktober 2025),” katanya.

Projek pembangunan Pasar Raja Bot yang terletak di tengah ibu negara dilaksanakan bagi memberi imej baharu terhadap kawasan itu dan persekitarannya.

Ia juga bagi membangunkan sebuah pasar yang bersih dan kemas, selain dilengkapi kemudahan sistematik, termasuk parkir bertingkat. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 3 minit yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad