web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 5:03PM

Anwar ketika berucap pada program Ihya’ Ramadan di Masjid Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian dan jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan

Berucap pada program Ihya’ Ramadan di Masjid Putra di sini hari ini, Anwar berkata beliau telah mengarahkan semua ketua setiausaha (KSU) dan ketua jabatan untuk melaksanakan program ilmu seperti takzirah sebelum solat Zuhur. 

Semua menteri dan timbalan menteri beragama Islam telah diminta untuk menyertai program-program ilmu yang dianjurkan oleh kementerian dan jabatan, kata beliau.

“Usul saya kepada seluruh jentera seluruh negara untuk beri makna kepada Ramadan ini dengan menambah usaha menghidupkan, menyegarkan bulan Ramadan seperti mengadakan majlis (ilmu)," kata beliau yang akan menyertai program ilmu di Kementerian Kewangan esok.

Anwar berkata beliau juga telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar supaya menyenaraikan penceramah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bagi menyertai majlis ilmu di kementerian dan jabatan.

“Jangan ada penyimpangan dalam (majlis ilmu itu) kerana semangat Ramadan bukan untuk mencerca atau bawa sentimen parti sebaliknya perlu bawa semangat penyatuan Ramadan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata setiap kementerian dan jabatan bebas menentukan bentuk dan penceramah pada majlis ilmu yang akan diadakan di pejabat masing-masing itu.

Pada majlis itu, Anwar menyertai lebih 1,000 jemaah di Masjid Putra di sini menunaikan zuhur dan mendengar tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.

Sebelum meninggalkan majlis, beliau menitipkan pesanan untuk semua penjawat awam supaya segera balik ke pejabat masing-masing bagi menyambung tugasan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 17 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar