web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Lagi Lebuh Raya Bakal Laksana Sistem Pembayaran Terbuka - Alexander

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 11:25AM

Lebuh raya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) antara lebuh raya yang akan terlibat dalam pelaksaan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka mulai September ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima lagi lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka bermula pertengahan September depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu menjadikan jumlah lebuh raya yang bakal terbabit di dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka adalah 11.

“(Lima) lebuh raya ini adalah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada minggu lalu, Alexander memaklumkan enam lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka di laluan masing-masing, bagi memberi pilihan cara membayar tol kepada pengguna. 

Katanya, keputusan berkenaan dicapai melalui pelbagai proses rundingan di antara Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan semua pihak berkepentingan, termasuk pihak syarikat konsesi sejak 2022.

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail
Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Beliau berkata, rundingan itu adalah usaha berterusan KKR bagi memastikan pelaksanaan sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dapat dijayakan.

Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu yang menggunakan pelbagai teknologi, katanya, adalah satu daripada langkah persediaan peralihan ke arah MLFF.

Menurutnya, ia menyaksikan terminal pembayaran tol menggunakan kad debit atau kredit disediakan pada satu lorong di plaza tol. 

“Usaha ini juga adalah langkah awal diambil KKR dan pihak terlibat bagi memastikan keberkesanan sistem yang efisien, selain menyelesaikan segala isu mungkin timbul sebelum pelaksanaan sepenuhnya MLFF.

“Perkara ini amat saya tekankan bagi memastikan pengguna tidak mengalami sebarang kesukaran ketika pelaksanaan sepenuhnya MLFF tidak lama lagi.

“Seperti pernah saya maklumkan sebelum ini, sistem pembayaran terbuka terbabit akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pelbagai syarikat konsesi lebuh raya,” katanya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, keputusan lokasi pelaksanaan Proof of Concept (POC) MLFF sudah diputuskan dengan Lebuhraya Sungai Besi dipilih sebagai lokasi pertama.

“Pelaksanaan POC ini akan dibuat pada penghujung Oktober depan bagi menilai sistem MLFF sebelum ia dilaksanakan bagi kesemua lebuh raya di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, KKR sedang mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi lain bagi mendapatkan satu lagi lebuh raya bagi pelaksanaan POC MLFF.

“Keputusan lokasi POC kedua ini akan saya umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, Alexander menegaskan, sistem pembayaran terbuka dan MLFF berkenaan tidak boleh dilaksanakan semalaman dan perlu melalui pelbagai peringkat.

Justeru, tegasnya, ia bukan perkara mudah dan memerlukan perancangan teliti serta penggunaan teknologi berpatutan, selain rundingan bersama pelbagai pihak sebelum dapat dilaksanakan sepenuhya. 

“Dengan itu, saya ingin memohon kerjasama semua pihak agar dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka, sekali gus memastikan transisi MLFF dapat dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 53 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 37 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar