web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebuhraya WCE Dijangka Siap Tahun Depan - Alexander

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 9:00AM

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pembinaan jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) (WCE) dijangka selesai pada 2024.

Katanya, jangkaan itu adalah berdasarkan kemajuan semasa projek jajaran terbabit yang merangkumi lebih 76 peratus.

“Kemajuan semasa projek bagi jajaran Lebuhraya WCE dari Beruas hingga Taiping Selatan pada masa ini adalah 76.07 peratus.

“Berdasarkan kemajuan lebuh raya tersebut, jajaran ini dijangka disiapkan pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Dewan Rakyat.

Dalam soalannya, Syed Abu Hussin Hafiz meminta Alexander menyatakan adakah projek Lebuhraya WCE daripada Batu Hampar hingga susur keluar Changkat Jering akan tertangguh lagi pembinaannya selepas gagal disiapkan sebelum ini, selain peratusan kemajuan dan bila ia boleh diselesaikan.

Alexander berkata, jajaran Lebuhraya WCE berkenaan dibina merentasi Selangor dan Perak sejauh 316 kilometer (km) di sepanjang pesisiran pantai barat.

“Ia dibina untuk kemudahan penduduk setempat dan pengguna lebuh raya ke utara,” katanya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, panjang jajaran Lebuhraya WCE yang dilaksanakan secara penswastaan oleh West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB) adalah 233 km.

Jelasnya, jajaran sepanjang 83 km untuk menaiktaraf jalan sedia ada (FR5) pula, dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan.

Pembukaan Lebuhraya WCE secara berperingkat, katanya, bermula pada 2019 membabitkan Seksyen 5 di Selangor, iaitu dari Persimpangan Bandar Bukit Raja ke Persimpangan Kapar.

“Ia juga membabitkan Seksyen 8, 9 dan 10 di Perak (dari Persimpangan Hutan Melintang ke Persimpangan Teluk Intan dan dari Persimpangan Kg Lekir ke Persimpangan Beruas),” katanya.

Terdahulu pada 26 Ogos 2021, media melaporkan bahawa pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati, punca utama kelewatan pembinaan Lebuhraya WCE membabitkan jajaran di Seksyen 11 di Kawasan Dewan Undang Negeri (DUN) Trong di Ipoh, Perak adalah disebabkan prestasi kontraktor utama tidak memuaskan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri ketika itu, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, bagi menangani isu berkenaan, pihak syarikat konsesi, iaitu West Coast Expressway Sdn Bhd melalui kontraktor EPC mengambil alih bagi menyiapkan baki kerja pembinaan. - Getaran, 28 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad