web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Radzi Kongsi Petua Kepada Menteri Pendidikan, Timbalan, ‘Saya Tengok Terkejut Juga…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 7:00AM

Mohd Radzi Md Jidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying menjawab soalan dikemukakan di Dewan Rakyat pagi semalam, mendapat perhatian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menurut Radzi yang juga mantan Menteri Pendidikan, insiden itu amat mengejutkan kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya tengok tadi terkejut juga, buat pertama kali dalam sejarah Timbalan Menteri menjawab mengatakan bahawa tidak ada jawapan bersama dengan beliau,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di Facebook beliau, lewat malam tadi.

Susulan itu, beliau berkongsi beberapa petua yang boleh digunakan Hui Ying dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mengelak kejadian sama berulang lagi.

Radzi menegaskan, Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan itu harus memastikan jawapan sehingga soalan ke-25 ada di tangan masing-masing.

“Biasanya kita sediakan jawapan soalan nombor 20 hingga 25. Kalau tak ada pun paling-paling tak pun (kongsi jawapan) dalam grup WhatsApp. Ada grup Whatsapp kan?

“Dalam grup Whatsapp tu share (kongsi) je dalam tu. Jadi soalan sampai nombor 25 ke, kalau apa-apa perlu kita boleh rujuk,” katanya.

Jelas beliau, langkah itu penting kerana di Parlimen ada kalanya sesetengah kementerian memberikan jawapan panjang lebar manakala ada juga jawapan pendek.

“Ada juga Ahli Parlimen yang mungkin tak dapat hadir. (Jadi) Ini petualah, tak boleh ambil risiko kata naik (soalan) sampai (nombor) 13, tak ada.

“Ia boleh sampai soalan 20… 18, bergantung kepada keadaan. Jadi apa yang paling penting menteri perlu memainkan peranan mengambil tanggungjawab memastikan supaya ada persediaan dibuat,” katanya.

Radzi berkata, beliau sendiri sewaktu menggalas jawatan Menteri Pendidikan akan memastikan timbalannya disediakan dengan jawapan sehingga soalan ke-25.

“Saya dulu pun kadang-kadang bila Timbalan Menteri menjawab kita dah sediakan, pastikan ya, soalan duduk dalam Dewan sehingga soalan (nombor) 20 ke soalan 25.

“Macam itulah caranya. Jadi sedikit petua untuk Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan,” katanya.

Terdahulu, kegagalan Hui Ying menyediakan jawapan terhadap soalan dikemukakan bagi pertanyaan jawab lisan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berhubung peruntukan dan mekanisme pemantauan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.

Ramli berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan.

Hui Ying kemudian meminta maaf dan berjanji perkara seperti itu tidak berulang lagi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bangkit mempersoalkan kenyataan Hui Ying yang berkata beliau tidak menyediakan jawapan kepada soalan yang dikemukakan dan meminta untuk memberikan jawapan bertulis.

Ronald berkata, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam Dewan Rakyat kerana soalan itu sudah lama diberikan.

Bagaimanapun, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Hui Ying tampil memberikan penjelasan berhubung kekeliruan itu dengan berkata Ahli Parlimen Tanjong berkenaan lewat menerima soalan daripada Ahmad Marzuk.

Katanya, soalan ke-16 itu hanya diterima pada jam 11.35 pagi semalam.

Disebabkan kegagalan itu, Ahmad Marzuk mendesak Fadhlina dan Hui Ying supaya meletak jawatan. - Getaran, 28 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad