web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haram Peniaga Jual Makanan Hangit, Basi - Mufti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:16PM

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru peniaga supaya bertimbang rasa terhadap pembeli dan janganlah mengambil kesempatan daripada keperluan orang ramai - Gambar Hiasan oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hukum seseorang peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi adalah haram.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, peniaga yang menjual makanan sedemikian bukan sahaja terpalit dalam penipuan transaksi jual beli, malah ia termasuk dalam pengertian memakan harta orang secara salah.

“Terdapat juga hadis yang bermaksud sesiapa yang menipu barang-barang jualannya maka dia bukan umat kami.

“Jadi saya menyeru peniaga supaya bertimbang rasa terhadap pembeli dan janganlah mengambil kesempatan daripada keperluan orang ramai terutama makanan bagi dimakan ketika berbuka puasa.

“Selain itu, bulan Ramadan adalah peluang keemasan bagi peniaga mencari pahala daripada Allah SWT,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar fail Bernama
Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar fail Bernama

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkongsian orang ramai di media sosial yang mendakwa makanan dibeli mereka di beberapa bazar Ramadan hangit, basi serta tidak sepadan dengan harga ditawarkan.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, Islam adalah agama rahmat yang membawa misi kasih sayang dan menyeru kepada persaudaraan antara umat Islam serta sesama manusia.

Jelas beliau lagi, malah dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah bersabda yang bermaksud 'Allah SWT merahmati seseorang yang bertolak ansur dalam jual beli'.

Katanya, sikap sedemikian juga termasuk dalam pengertian 'ihsan' iaitu menjadi antara tonggak Negara Madani yang dijadikan slogan terbaru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, beberapa netizen meluahkan kekecewaan mereka di media sosial kerana membeli makanan hangit, basi dan tidak setimpal dengan harga ditawarkan di bazar Ramadan.

Antaranya karipap ‘angin’, martabak dan roti john hangit serta nasi ayam berempah berharga RM15 yang turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. - Getaran, 27 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad