web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudsidi Bersasar, Harga Barangan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:11AM

Persoalan berkaitan subsidi bersasar, harga barangan serta jaminan keselamatan makanan negara antara dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan berkaitan subsidi bersasar, harga barangan serta jaminan keselamatan makanan negara antara dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) bertanyakan Menteri Kewangan mengenai bila subsidi bersasar seperti diumumkan Perdana Menteri pada 27 Nov 2022 dijangka dilaksanakan.

Soalan itu dikemukakan semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, dengan Radzi juga ingin tahu sama ada kerajaan boleh memberi jaminan bahawa harga barangan tidak akan meningkat apabila subsidi bersasar dilaksanakan.

Pang Hok Liong (PH-Labis) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan jumlah nilai makanan import bagi tahun 2018 hingga 2022 dan langkah yang telah atau akan diambil bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan makanan negara.

Turut dijangka menjadi tumpuan, pertanyaan V. Ganabatirau (PH-Klang) kepada Menteri Perpaduan Negara mengenai bagaimana Kerajaan MADANI akan memastikan pembelaan kepada semua kaum dan agama apabila berlaku pendakwaan terpilih terhadap penghinaan sesuatu kaum dan agama.

Beliau juga ingin tahu sama ada Kerajaan MADANI akan berlaku adil dalam memastikan segala penghinaan terhadap semua kaum dan agama dihentikan.

Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengemukakan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai status pengambilan guru baharu pada tahun 2022 serta perincian pengambilan guru mengikut opsyen mata pelajaran bagi 2016 hingga 2022 dan unjuran pengambilan guru bagi 2023 hingga 2027.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar