web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pakej Rahmah Haji Tawar Harga Bawah RM50,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 5:13PM

Pakej Rahmah Haji menawarkan harga di bawah RM50,000 seorang oleh PJH. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG -  Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata perkara itu disambut baik oleh 23 PJH, malah ada yang menawarkan pakej pada harga antara RM43,000 dan RM45,000.

"Alhamdulillah dengan tawaran kurang daripada RM50,000 ini kita harap akan lebih ramai (jemaah haji) mengambil tawaran yang disediakan, insya-Allah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Karnival PJH 1444H/2023M bertema ‘Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji’ yang julung kali dianjurkan TH dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA Malaysia) di sini hari ini. 

Turut dilancarkan Direktori PJH sebagai rujukan untuk bakal jemaah haji.

Mohd Na'im Mokhtar - Gambar Bernama
Mohd Na'im Mokhtar - Gambar Bernama

Mohd Na'im berkata 23 PJH yang diberi lesen oleh TH memiliki kapasiti teguh, kepakaran dan pengalaman serta berwibawa dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah haji yang pergi sama ada secara muassasah atau pakej.

"Sejak beberapa tahun ini, banyak berita berkaitan penipuan pakej haji dan umrah dilaporkan pihak media. Kerajaan memandang serius dan bertekad menangani penipuan membabitkan jemaah yang ingin menunaikan ibadat haji ini," katanya.

Beliau berkata TH bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menangani masalah berkenaan.

Mohd Na'im juga menegaskan TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal berkait tawaran dan pakej haji, justeru individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995.

Sementara itu, menurutnya seramai 31,600 jemaah haji ditawarkan TH untuk menunaikan ibadat haji tahun ini dan kerajaan sedang menunggu jawapan daripada Arab Saudi berhubung tambahan 350 jemaah.

"Kerajaan telah mengemukakan rayuan dan tahun ini kita dapat 31,600. Kita ada asas yang kita telah sebut pada kerajaan Arab Saudi kenapa kita nak naikkan 350 lagi supaya jumlahnya menjadi 31,950," katanya.

Menurutnya antara alasan yang dikemukan ialah penduduk Malaysia telah bertambah iaitu sekarang berjumlah 31.95 juta, sehubungan itu diharapkan kerajaan Arab Saudi akan mempertimbangkan perkara itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan