web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Seru Penubuhan Agensi PBB Khusus Untuk Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 11:49AM

Nik Nazmi berucap di Persidangan Air PBB 2023 di New York, Amerika Syarikat lewat malam tadi. - Gambar PBB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengakui kepentingan air kepada komuniti global, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa penubuhan agensi khas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bahan bernilai itu.

Nik Nazmi berkata, Agenda Tindakan Air, yang sedang didesak pelaksanaannya oleh pertubuhan antara kerajaan (intergovernmental organisation), memerlukan rangka kerja yang menggariskan peranan air sebagai tonggak menghubungkan hasil sosial, alam sekitar, ekonomi dan budaya.

Ini, katanya, harus dijadikan agenda tetap dalam rangka kerja PBB.

“Untuk tujuan ini, sebuah agensi PBB khusus untuk air harus ditubuhkan,” katanya kepada perwakilan pada Persidangan Air PBB 2023 di New York, Amerika Syarikat lewat malam tadi.

“PBB mesti terus membantu mewujudkan mekanisme bagi membolehkan negara maju menyediakan bantuan kewangan dan teknikal, serta pembangunan kapasiti untuk mempercepatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan Enam (mengenai air bersih dan sanitasi untuk semua),” tambahnya.

Terdahulu, Nik Nazmi berkata, masyarakat global perlu mengakui bahawa krisis iklim yang sedang berlaku adalah krisis air, dengan dunia kini berdepan masalah kekurangan air, peruntukan yang tidak mencukupi untuk sanitasi dan bencana yang lebih berimpak dan kerap serta kejadian cuaca ekstrem.

Tegas beliau, kebanyakan orang yang terdedah selalunya terjejas secara tidak seimbang (disproportionately affected) dan ditekan melebihi had penyesuaian serta menimbulkan cabaran yang ketara, terutama bagi bahagian selatan dunia ini yang sedang membangun.

Menteri itu menambah, perubahan iklim telah memburukkan dan meluaskan jurang pembangunan sedia ada pada semua negara berkenaan, dan air adalah penting untuk menangani isu tersebut.

“Kita memerlukan rangka kerja untuk daya tahan dan ia harus bermula dengan air, dan iklim, alam sekitar serta pembangunan saling bergabung.

“Dunia perlu mengubah cara pendekatan pembangunan dalam era krisis, yang menyaksikan iklim dan risiko bencana serta pertumbuhan ekonomi perlu dirancang bersama.

“Setiap rancangan pembangunan mesti mengambil kira elemen air dan kesannya. Kita tidak mampu untuk mengabaikan persekitaran kita demi pertumbuhan, dan tindakan untuk air juga tidak boleh dijadikan keutamaan yang lebih rendah berbanding dengan perubahan iklim dan sebaliknya.”

Nik Nazmi seterusnya mengetengahkan beberapa kejayaan Malaysia dalam industri air, merangkumi pencapaian 97 peratus akses bekalan air dan 85.4 peratus dalam perkhidmatan pembetungan, terutama di bandar utama.

Pada penghujung 2025, katanya, Malaysia menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih untuk kawasan luar bandar dan 90 peratus liputan pembetungan.

Selain itu, Nik Nazmi menyatakan bahawa Malaysia menguruskan perkhidmatan air sisa di bawah perusahaan milik kerajaan yang menyelia semua aset rawatan kumbahan awam, di samping mengguna pakai ekonomi sirkular dalam pengurusan sisa dan air sisa bagi mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Satu lagi perkara yang ditekankan adalah Terowong SMART yang terletak di pusat bandar, yang berfungsi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko banjir sekiranya berlaku hujan lebat, katanya.

“Untuk memajukan lagi kemampanan dalam pembangunan kita, Malaysia telah memperkenalkan Agenda Transformasi Sektor Air 2040. Kami membayangkan sektor air menjadi pemboleh ekonomi dan enjin pertumbuhan yang dinamik untuk memastikan keselamatan air untuk semua.

“Strategi ini sejajar dengan matlamat Dekad Tindakan Air.  Kami mahu memperkasakan orang ramai untuk memastikan pelaksanaannya, mengukuhkan tadbir urus di semua peringkat sambil kami meningkatkan kapasiti dan infrastruktur kewangan kami.” - The Vibes, 24 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad