Berita Terkini

44 minit yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 44 minit yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 44 minit yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 45 minit yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 45 minit yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu tambang bas sekolah setiap kali menjelang sesi persekolahan tahun baharu sepatutnya tidak lagi menjadi isu dan membebankan ibu bapa kerana perkara itu sudah dikawal selia kerajaan.

Ia selepas kuasa untuk menetapkan harga tambang bas sekolah terletak pada persetujuan antara tiga pihak iaitu ibu bapa, sekolah dan pengendali bas bermula Januari 2015.

Jurucakap Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan, ibu bapa atau penjaga perlu berhubung dengan pihak pengusaha bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit termasuk dalam soal pembayaran perkhidmatan pengangkutan itu.

“Oleh demikian, segala keputusan untuk pengecualian, bayaran ataupun diskaun bergantung kepada perbincangan mereka.

“Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga disaran berhubung terus dengan pihak pengusaha bagi menyelesaikan permasalahan ini,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan diterima daripada pemanggil menerusi segmen pagi di sebuah stesen radio baru-baru ini mengenai tindakan penyedia perkhidmatan van sekolah, mengenakan tambang pada kadar penuh walaupun sesi persekolahan bermula pada minggu akhir Mac.

Berdasarkan aduan itu, pemanggil terbabit meluahkan rasa terkilan dan tidak puas hati selepas terpaksa membayar penuh yuran bulanan sehingga RM1,000 untuk tiga anak.

Justeru, pemanggil berkenaan berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat mempertimbangkan supaya sesi persekolahan baharu dimulakan pada awal bulan, bukan pada minggu akhir.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, pihak pengusaha perlu prihatin dengan kadar bayaran dikenakan kepada ibu bapa.

Malah, beliau menggariskan beberapa perkara perlu ditumpukan secara bersama dalam isu terbabit bagi memastikan pengusaha van sekolah tidak mengambil kesempatan mengenakan bayaran tambahan.

Antaranya, sebarang bayaran tambahan yang ingin dikenakan kepada ibu bapa atau penjaga perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa manakala yuran ditetapkan, perlu mengikut tempoh perkhidmatan.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan perlu menjalankan pemeriksaan mengejut dengan lebih kerap terutama mengenai kesahihan resit pembayaran, selain memeriksa keadaan kenderaan yang digunakan penyedia perkhidmatan.

“Pihak berkuasa juga perlu membuat rondaan bagi membanteras kewujudan pemandu atau kenderaan sewa ‘haram’,” katanya.

Beliau berkata, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni perlu berganding bahu bagi memastikan keperluan pelajar sentiasa teratur, berdisiplin dan selamat.

“Mereka yang ditugaskan menjaga keselamatan lalu lintas di sekolah harus didedahkan dengan aspek kawalan selamat dan tersusun.

“Pastikan tiada bayaran tambahan oleh pengusaha van sekolah dan mungkin yuran bulanan boleh dibayar secara ansuran untuk meringankan beban keluarga,” katanya. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Lulus BIW Ganti BISS, BISM Untuk Anggota ATM Berkuat Kuasa 1 Julai - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pembinaan LRT Pulau Pinang Dijangka Bermula Lebih Awal

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil