Berita Terkini

1 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 1 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 1 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 1 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 1 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


“Saya Sarankan Pengusaha Kantin Tetap Beroperasi Ketika Ramadan’ - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 10:23AM

Fadhlina menyarungkan beg sekolah kepada salah seorang pelajar pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas, Jalan Batu (L), di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengusaha kantin disaran meneruskan operasi mereka setiap hari sepanjang Ramadan, walaupun peratusan murid bukan Islam sangat kecil atau kurang daripada 10 peratus.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, operasi itu wajar diteruskan bagi mengelakkan senario pelajar bukan Islam terpaksa makan di kawasan tidak sesuai, termasuk di stor atau tepi longkang.

Ujarnya, selain pelajar bukan Islam, terdapat kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang masih tidak wajib berpuasa dan memerlukan mereka membeli makanan serta makan di kantin.

Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek

“Jadi saya sarankan pengusaha kantin untuk terus buka kerana ada kanak-kanak di sekokah rendah yang tak wajib lagi berpuasa.

“Kita tak nak ada senario mereka makan di stor, tepi longkang, saya tidak mahu situasi seperti itu.

“Saya rasa dalam konteks ini, tidak ada keperluan untuk (pengusaha) tutup kantin,” katanya bagi mengulas isu terdapat pengusaha kantin enggan membuka operasi pada Ramadan sekiranya jumlah murid bukan Islam kurang dari 10 peratus.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas, Jalan Batu (L) di sini, hari ini.

Sesi penyerahan pek mengandungi baucar pakaian sekolah, kasut, stokin, pakaian sukan, beg, set alat tulis, pensel warna dan kalkulator saintifik itu disempurnakan Fadhlina.

Program dianjurkan Yayasan PETRONAS bermula lebih 10 tahun lalu itu bukan sahaja bermatlamat membolehkan murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dapat meneruskan pembelajaran dan menamatkan persekolahan, malah membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa.

Ia akan berlangsung pada pertengahan Mac hingga Mei di 16 buah negeri, membabitkan 21,000 murid, iaitu masing-masing 8,540 murid sekolah menengah dan 12,460 murid sekolah rendah.

Fadlina berkata, penegasan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung soal bagaimana keperluan untuk menyantuni kanak-kanak bukan Islam walaupun pada Ramadan adalah selaras konsep kerajaan MADANI yang inklusif, iaitu memerlukan semua pihak saling hormat menghormati.

“Yang puasa kena santuni yang tidak puasa, yang tidak puasa kena belajar hormat mereka yang berpuasa.

“Jadi mesti hormati masing-masing punya budaya dan agama serta harus bersifat inklusif, jadi tidak ada keperluan untuk tutup.

“Malah, sekali lagi saya sarankan untuk terus buka dan bincang dengan pihak sekolah sebab saya pasti ada kanak-kanak Muslim yang tidak berpuasa di awal umur,” ujarnya. - Getaran, 22 Mac 2023

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KPM, SPP Mula Usaha Proaktif Tangani Isu Lambakan Siswazah Perguruan - Fadhlina

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Hutan Kuala Langat Dipadamkan Sepenuhnya - Bomba

Semasa 1 hari yang lalu

Kenyataan MB Kedah, P. Pinang Milik Kedah Satu Hasutan - Ahmad Zahid

Semasa 14 jam yang lalu

Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023