web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Kemuka Senarai Fasiliti Kesihatan Daif Kepada MOF Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 7:00AM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan senarai klinik daif kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat bagi mendapatkan peruntukan membaik pulih fasiliti kesihatan terbabit dengan segera.

Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau menyedari keperluan menaik taraf 400 fasiliti kesihatan sedia ada yang nazak di seluruh negara.

“Justeru, kita tak memilih kawasan Ahli Yang Berhormat kerajaan atau kawasan pembangkang … yang sebenarnya kita kena ingat perkhidmatan kesihatan tidak mempunyai kaitan dengan politik, jadi kita akan beri juga di (mana-mana) kawasan (yang mempunyai fasiliti) daif ini tanpa mengira politik atau kawasan mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat semalam.

Menjawab celahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai keperluan tempat letak kereta di fasiliti kesihatan awam, Dr Zaliha berkata perkara itu sememangnya antara yang menjadi perhatian di KKM dan pihaknya sedang mencari beberapa pendekatan bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau berkata terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan dalam memperbaiki sistem tempat letak kereta di hospital dan klinik kesihatan termasuk meminta pengarah hospital serta negeri mengenal pasti kawasan yang boleh dibina kemudahan itu.

“Ada juga hospital yang boleh buat parkir di kawasan yang agak jauh sikit, sekiranya dah dikenal pasti kita akan sediakan bas ulang-alik untuk bawa pesakit dari kawasan sedia ada.

“Sebagai contoh, saya berbincang dengan Ahli Parlimen Selayang (William Leong) untuk menyediakan parkir stadium yang ada di kawasan itu dan guna bas ulang-alik untuk bawa pesakit ke hospital. Ada juga kita kenal pasti parkir bertingkat untuk fasiliti kesihatan dan itu kita kena lihat bajet,” katanya.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM31.5 bilion bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui suara majoriti.

Persidangan dewan bersambung hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad