web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terpulang Kepada Syarikat Penerbangan Laksana SOP Patuh Syariah – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 7:18PM

Anthony Loke - Gambar oleh Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mempunyai masalah atau halangan untuk mana-mana syarikat penerbangan melaksanakan pematuhan syariah dalam pengoperasian harian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada syarikat penerbangan untuk melaksanakannya.

“Dari segi pematuhan syariah dan sebagainya, ia terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan.

“Kementerian Pengangkutan tidak ada masalah dan tiada halangan kepada mana-mana syarikat penerbangan nak mengadakan apa-apa pendekatan yang patuh syariah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Pasir Salak) yang bertanyakan usaha kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) penerbangan berlandaskan syariah.

Jamaludin turut memberi contoh SOP syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang menetapkan agar bacaan doa dibuat bagi penerbangan ke Jeddah.

Pada Januari lalu, beberapa media melaporkan, pelanggan MAS menerima borang kaji selidik yang dihantar syarikat penerbangan tersebut menggunakan emel rasmi, bertujuan meminta pandangan berhubung hasrat membuat pembaharuan ke atas pakaian seragam pramugari. 

Kebenaran mengenakan hijab yang dirancang dilaksanakan MAS untuk pramugari syarikat penerbangan itu disifatkan mampu menghentikan segala stigma negatif dan eksploitasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang menyambut baik langkah itu berkata, tindakan tersebut seiring dengan kewajipan wanita Muslim untuk menutup aurat.

Menurut beliau, perancangan yang bakal membawa kepada kewujudan kod pemakaian patuh syariah untuk pekerja wanita di sektor penerbangan awam wajar diberi pujian.

Isu pakaian pramugari pernah dibangkitkan sebelum ini dengan mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS) mencadangkan pelaksanaan dasar pemakaian patuh syariah bagi pramugari.

Jelas beliau, dasar itu bagaimanapun hanya termaktub kepada pekerja wanita yang beragama Islam sahaja manakala mereka yang bukan Islam memadai sekadar berpakaian sopan.

Siti Zailah mendakwa, ada segelintir pramugari mengadu kepada beliau bahawa mereka juga tidak selesa dengan pakaian yang singkat dan ketat. – Getaran, 20 Mac 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran