Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Imbau Kisah Didikan Ibu Bapa Galak Membaca, Lawat Kawasan Miskin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 10:02PM

Anwar turut membuka kisah didikan ibu bapanya dan minat membaca yang sangat menebal sejak dahulu lagi pada program dialog ‘Temu Anwar’ di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak hanya menjawab soalan berkaitan isu semasa dan rakyat dalam program dialog bersama belia di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuka kisah didikan ibu bapanya yang mempengaruhi perwatakan beliau dan minat membaca yang sangat menebal sejak dahulu lagi. 

Segalanya bermula dengan soalan peserta wanita dari Indonesia pada program dialog anak muda ‘Temu Anwar,’ yang turut menzahirkan kekagumannya terhadap Perdana Menteri berusia 75 tahun itu yang disifatkan sebagai seorang pejuang sejati dan memiliki ketokohan tersendiri, mengenai kaedah didikan diguna pakai oleh ibu ayah Anwar.

“Saya percaya bapak membawa visi MADANI tentang kemanusiaan, apa nasihat yang diberikan orang tua bapak, orang tua bapak seperti apa, bagaimana mendidik daripada kecil sehingga jiwa pejuang Anwar teruji bukan hanya di rumah tapi di penjara,” katanya yang memperkenalkan diri sebagai Nur Irma Watoni. 

Anwar, yang tersenyum dan berkata beliau ‘senang’ dengan soalan itu, memaklumkan antara asas utama didikan ibu bapa beliau ialah membaca.

“Ibu bapa saya sangat mendorong untuk membaca. Ayah saya lebih kepada Bahasa Inggeris. Ibu saya lebih kepada Bahasa Melayu. Mereka juga sering beri galakan saya bergiat aktif dalam kegiatan sosial dan masyarakat.

"Walaupun kami kelas menengah, ibu bapa saya memang orang kuat UMNO dan (bapa) pernah jadi Ahli Parlimen tetapi sentiasa bawa saya ke kawasan-kawasan orang miskin. Jadi keprihatinan kita kukuh dari awal. Alhamdulillah, latihan agama juga kuat,” katanya. 

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata ketika melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), beliau turut mendapat latihan disiplin yang teguh daripada guru-gurunya yang disifatkan sebagai luar biasa.

“Sebab itu bila orang berbicara soal kaum, walaupun saya kuat Melayunya, saya perjuangkan bahasa, bangga dengan budaya tapi saya tiada sentimen benci bangsa lain.

“Walaupun Kolej Melayu, (pelajar) Melayu semua tetapi guru yang berjasa kepada kita ini guru Melayu, guru Cina dan India itu berjasa sekali dan kasih kepada anak-anak itu tidak menunjukkan mereka ada prasangka terhadap anak-anak Melayu. Jadi ini semua mempengaruhi watak kita.

“Tetapi bagaimana saya boleh berdegil dan bertahan, itu tidak mudah. Kalau saudara kumpul, saya di penjara hampir 11 tahun dan penjara itu neraka dunia, jadi tidak mudah. Tapi saya keras dan degil mengatakan saya nak ubah sistem,” katanya.

Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) itu dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 belia.
Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) itu dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 belia.

Anwar berkata azam dan cita-cita untuk menjadikan Malaysia hebat dan ‘manusiawi’ tetap diteruskan walapun berada di balik tirai besi sehingga mendorong beliau untuk tekun beramal, cuba menghafal al-Quran dan membaca sebanyak mungkin buku yang diperoleh.

“Walaupun di peringkat awal, tidak diizinkan buku masuk dalam lokap saya. Tetapi selepas beberapa tahun bosan melarang-larang, akhirnya diizinkan dan teman-teman dari seluruh dunia hanya mengirim buku. Kalau buku terbitan paling baharu dari India, Indonesia, Amerika Syarikat dan United Kingdom itu dikirim kepada saya.

“Jadi sebab itu, bila saya keluar dari penjara pada 2004, saya diminta jadi felow di Universiti Oxford dan kemudian Profesor di Universiti Georgetown kerana banyak baca. Tapi bagaimana mampu kuat ini, sukar dijawab. Yang penting doa kepada Allah SWT supaya kuat," katanya.

Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) tersebut dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 anak muda yang berpeluang bertanyakan pelbagai soalan kepada pemimpin nombor satu negara itu. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 17 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini