web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan 2 Akta Berkaitan Komunikasi Bolehkan Isu 3R Ditangani - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 6:20PM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) akan membolehkan isu seperti perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R)  ditangani. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia memandangkan banyak perkara dalam akta-akta yang diperkenalkan sejak 1998 itu perlu dikemas kini dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa yang telah jauh berubah.

“Pindaan itu nanti juga akan turut melibatkan sesi libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen dan kementerian akan menelitinya sebelum ia  dijangka dibawa ke Parlimen pada penggal ini atau selewat-lewatnya tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program forum bertajuk “Youth Empowerment Through Digital Platforms” bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Sebahagian peserta yang hadir pada forum bertajuk “Youth Empowerment Through Digital Platforms” bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Sebahagian peserta yang hadir pada forum bertajuk “Youth Empowerment Through Digital Platforms” bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Dalam forum itu, Fahmi turut berkongsi bahawa Raja-Raja Melayu ada menzahirkan pandangan dan nasihat berhubung kerisauan serta kegelisahan tentang isu ekstremisme. 

Ini susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara.

“Disebabkan itu hampir semua majlis agama (negeri) arahkan tidak berpolitik dalam masjid dan surau…dan saya sudah beritahu MCMC dan mereka telah mengeluarkan kenyataan hari ini mengenai isu 3R sebagai peringatan kepada setiap orang,  jaga keselamatan, jaga tertib, jaga adab, jangan langgar,” katanya.

MCMC dalam kenyataan hari ini sekali lagi mengingatkan orang ramai, agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan atau pandangan yang berbaur kebencian membabitkan elemen 3R di media sosial dan aplikasi pemesejan.

Dalam perkembangan lain Fahmi berkata pihaknya telah berhubung dengan beberapa penyedia perkhidmatan Internet satelit untuk membantu komuniti luar bandar yang berada di kampung, desa dan pedalaman bagi mendapatkan akses Internet yang lebih murah.

“Sebagai contoh ada yang terpaksa membelanjakan RM10 untuk satu gigabait (GB) data internet dan ini satu jumlah yang agak tinggi, jadi kita perlu tangani untuk memastikan akses Internet itu bukan hanya tersedia tapi juga tidak terlalu mahal untuk digunakan,” katanya. 

Fahmi berkata ketika ini 97 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara telah mempunyai akses kepada Internet dan telekomunikasi dan selebihnya masih belum mendapat kemudahan berkenaan seperti di pedalaman Sabah, Sarawak, selain di kawasan pos Orang Asli dan pulau yang mempunyai penduduk. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan