web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Perak Senaraikan 50 Ahli Sabotaj Parti, Nama Dihantar Ke Lembaga Disiplin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 4:28PM

Saarani Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO Perak sudah  mengenalpasti lebih 50 ahli yang didakwa mensabotaj calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sabotaj dilakukan mereka menyebabkan parti itu kalah teruk di Perak pada pengundian berkenaan.

Beliau berkata, nama semua individu terbabit sudah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan selanjutnya, dengan sebahagian mereka sudah dikenakan tindakan, termasuk dipecat.

“Walaupun mereka bukan menjadi calon atau pencadang kepada calon pembangkang, tetapi mereka ini berkempen untuk pembangkang, seperti berceramah dan membawa bendera.

“Kita dapat laporan, kita hantar laporan itu kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin dan sebahagian daripadanya telahpun dipecat,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan di Ipoh, Perak hari ini, seperti dilaporkan Astro Awani.

Saarani berkata, apa diketahuinya seramai 17 ahli terbabit dari Larut dipecat, manakala beberapa kawasan lain sudah dikenakan tindakan sama.

“Yang lainnya kita tunggu, sebab ramai, tunggu sehingga jawatankuasa pengurusan parti mengumumkan siapa dipecat,” katanya.

Pada PRU-15, BN hanya memenangi sembilan daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Terdahulu, Saarani menegaskan, tindakan sabotaj sesama sendiri dikenal pasti antara faktor utama kekalahan teruk UMNO di Perak pada PRU-15.

Faktor itu diperoleh menerusi laporan post mortem dibuat pihak parti terbabit.

Menurutnya, perpecahan dalaman juga menyebabkan kegagalan UMNO mempertahankan kerusi dimenangi, sehingga ada ahli sanggup menyerang atau menjawab tohmahan dari dalam parti sendiri ketika berkempen.

Pada PRU-15, bebeberapa nama besar dan popular BN, termasuk UMNO yang bersaing di kerusi Parlimen Perak tewas.

Antaranya adalah Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang tewas di Sungai Siput; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zamry Abd Kadir (Lumut); Pengerusi MCA Perak, Dr Mah Hang Soon (Tanjung Malim) dan mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik).

Kekalahan itu menyaksikan UMNO akhirnya menjalin kolaborasi bersama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan di Perak dengan Saarani kemudian dilantik sebagai Menteri Besar. – Getaran, 19 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad