web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Sasar Capai SSL Beras Sehingga 80 Peratus Menjelang 2027 - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 9:34PM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan merealisasikan hasrat memastikan Malaysia mencapai SSL beras sehingga 80 peratus dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang dengan mempelajari dari kejayaan Indonesia. - Gambar hiasan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhasrat memastikan Malaysia mencapai Tahap Sara Diri (SSL) beras sehingga 80 peratus dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun sasaran itu sukar, ia boleh dicapai menerusi tekad dan kesungguhan.

Justeru, katanya, antara usaha akan dijalankan kementeriannya untuk merealisasikan hasrat itu adalah mempelajari kejayaan dari Indonesia yang mencatatkan SSL beras melebihi 100 peratus.

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

“Sebelum ini kita selalu dengar mengenai kejayaan negara sebelah barat, seperti Belanda dalam hal pertanian, tetapi sekarang ini negara di rantau kita seperti Indonesia dan Thailand juga sudah jauh ke depan.

“Misalnya beras, saya difahamkan di Indonesia petaninya tidak mendapat bantuan subsidi yang tinggi, tetapi SSL beras mereka sudah melebihi 100 peratus.

“Pada saya, kejayaan ini perlu dipelajari kerana antara hasrat saya jika boleh, dalam masa tiga ke empat tahun lagi, SSL beras kita boleh jadi 80 peratus. Walaupun impian ini nampak sukar tetapi ingatlah, selagi ada tekad dan kesungguhan, tiada apa yang boleh menghalang kejayaan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Mohamad Sabu(tengah) menerima taklimat dari wakil Kedutaan dan wakil Kementerian mengenai jadual lawatan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan hal keterjaminan makanan di rantau ini. - Gambar dari Facebook Mohamad Sabu
Mohamad Sabu(tengah) menerima taklimat dari wakil Kedutaan dan wakil Kementerian mengenai jadual lawatan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan hal keterjaminan makanan di rantau ini. - Gambar dari Facebook Mohamad Sabu

Menerusi hantaran sama, Mohamad memaklumkan beliau kini berada di Jakarta, Indonesia untuk lawatan kerja rasmi.

“Pagi ini saya menerima taklimat dari wakil kedutaan dan wakil kementerian mengenai jadual lawatan serta isu semasa berkaitan hal keterjaminan makanan di rantau ini.

“Tujuan utama saya ke sini adalah untuk melihat sendiri kejayaan negara ini menghasilkan sumber makanan mencukupi untuk keperluan rakyatnya,” katanya.

Terdahulu, Mohamad ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada 22 Februari lalu memaklumkan, Malaysia dijangka mampu mencapai SSL beras ditetapkan, tanpa perlu mengharapkan import dalam tempoh beberapa tahun lagi apabila pesawah mampu mengeluarkan hasil sebanyak enam tan sehektar.

Beliau berkata, kerajaan sedang meneroka kaedah tanaman padi dalam tempoh hanya 65 hari seperti sedang dilaksanakan di Indonesia.

Sebelum itu, pada 15 Februari lalu, Mohamad memberitahu, Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian.

Jelasnya, kerjasama itu bertujuan menjamin sumber makanan mampan dan berterusan.

Malah, ujarnya, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan antara beliau dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di Kuala Lumpur.

Katanya, kedua-dua negara berkenaan turut bersedia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pertanian, termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.

Dalam pertemuan berkenaan, Mohamad dilaporkan dipelawa ke Indonesia bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan pembangunan industri padi yang sudah mencapai 100 peratus SSL beras, bagi menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara berkenaan. - Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad