web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Larang Imam Luar Negara Ketuai Solat Tarawih Melainkan…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 6:11PM

Mohd Zawawi berkata semua pentadbir masjid, surau dan musolla perlu memastikan hanya menggunakan khidmat imam lantikan MAIS. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemputan imam dari luar negara untuk mengetuai solat tarawih sepanjang bulan Ramadan di Selangor tidak dibenarkan melainkan sudah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, semua pentadbir masjid, surau dan musolla perlu memastikan hanya menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Mohd Zawawi Ahmad Mughni

“Kebenaran itu juga melibatkan imam lantikan oleh masjid, surau atau musolla di negeri tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan semua pentadbir masjid, surau dan musolla supaya mematuhi ketetapan khas lain yang turut ditetapkan sepanjang Ramadan.

Katanya, pelaksanaan solat sunat tarawih perlu dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah dan ayat-ayat pendek.

“Pelaksanaan tazkirah juga dilaksanakan selepas selesai solat itu oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak lebih 20 minit,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata, kerajaan negeri menyambut baik ketetapan khas JAIS mengenai kebenaran pelaksanaan solat fardhu lima waktu, solat Jumaat dan aktiviti pengimarahan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.

Ujarnya, berikutan fasa endemik COVID-19 ketika ini, orang awam dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Pihak pentadbir masjid, surau, musolla dan jemaah digalakkan memakai pelitup muka dan tidak perlu hadir jika dalam keadaan tidak sihat dan bergejala,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zawawi turut memaklumkan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain adalah dilarang sama sekali di Selangor.

Jelas beliau, walaupun menyambut baik program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO), namun ia mesti mengikut garis panduan ditetapkan JAIS terutamanya melibatkan aspek perundangan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penganjuran program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ yang mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertainya.

Program NGO bernaung di bawah agensi pembangunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menjemput belia khususnya bukan Kristian terlibat bersama dengan matlamat memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan.

Bagaimanapun pada Selasa, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilapor berkata, program itu bukan bertujuan memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.

Kelmarin, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, membuat laporan polis terhadap Hannah, mendakwanya menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam melalui program yang dikaitkan dengan kementeriannya.

Susulan bantahan pelbagai pihak, program Jom Ziarah Gereja di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes di Klang, hari ini dibatalkan. – Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar