web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Proklamasi Melayu Dihadiri Dr Mahathir Esok Dibatalkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 3:55PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Satu program khas melibatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa dibatalkan kerana masalah lokasi penganjuran.

Jurucakap Sekretariat Proklamasi Orang Melayu berkata, lokasi asal program itu di Hotel Impiana di sini terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, setelah memilih lokasi baharu iaitu, di Sime Darby Convention Centre dekat Bukit Kiara, tempahan sekali lagi dibatalkan pada saat akhir oleh pihak pengurusan dewan.

“Program khas yang melibatkan tokoh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan berlangsung esok menghadapi kesulitan apabila tempahan lokasi awal terpaksa dibatalkan kerana terdapat masalah teknikal.

“Maka, pihak penganjur terpaksa memilih lokasi baharu. Namun, lokasi kedua ini juga terpaksa dibatalkan kerana pihak pengurusan dewan memaklumkan pembatalan tempahan kepada kami pada jam 9 malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak pengurusan dewan tidak menyatakan sebarang sebab atas pembatalan tersebut.

Sekretariat turut memaklumkan, pihak akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Kami memohon ribuan maaf kepada tetamu jemputan kerana perubahan lokasi sebanyak dua kali,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada pelancaran program berkenaan di sebuah hotel di ibu negara.

Bagaimanapun, program itu kemudian dipindah ke lokasi lain semalam atas masalah tertentu.

Dr Mahathir akan hadir ke program itu atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai wakil parti yang baharu disertainya iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Difahamkan, ia bukan acara politik sebaliknya membincangkan isu berkaitan komuniti Melayu, manakala Dr Mahathir dijadual memberi ucapan serta menandatangani proklamasi dalam program berkenaan.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan mengizinkan sebarang usaha oleh pihak tertentu untuk cuba mengadu domba dan menghangatkan suhu kaum dan agama di negara ini.

Katanya, ada pihak dalam kalangan orang yang kehilangan kuasa cuba meniup api perkauman dan agama.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut secara khusus nama pemimpin atau sesuatu pihak, selain tidak merujuk kepada perhimpunan berkenaan. – Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad