web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baucer RM300 Buat Mangsa Banjir Di Johor Beli Barangan Elektrik- Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 2:48PM

Seramai 1,000 mangsa banjir daripada golongan miskin tegar dan B40 di Johor serta sebahagian Pahang bakal menerima baucer bernilai RM300 di bawah inisiatif Payung Rahmah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seramai 1,000 mangsa banjir daripada golongan miskin tegar dan B40 di Johor serta sebahagian Pahang bakal menerima baucer bernilai RM300 di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk membeli peralatan elektrik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata baucer itu bertujuan membantu golongan terkesan khususnya di Batu Pahat dan Segamat, membeli peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk, bagi menggantikan peralatan yang musnah akibat bencana.

Beliau berkata hasil berkolobrasi antara pihaknya dengan syarikat-syarikat pengeluar barangan elektrik, mangsa banjir itu juga akan ditawarkan untuk membeli peralatan elektrik pada harga diskaun.

"Syarikat-syarikat ini mungkin akan menjual pada harga diskaun, dan pada masa yang sama KPDN akan top-up RM300 lagi menerusi baucer itu bagi mereka (mangsa) membeli peralatan baharu (menggantikan) yang musnah akibat banjir," katanya.

Salahuddin Ayub - Gambar fail
Salahuddin Ayub - Gambar fail

Katanya semua data mengenai agihan inisiatif itu akan dilakukan oleh pegawai kementeriannya bermula hari ini, bagi memastikan mereka yang menerimanya adalah benar-benar dari golongan miskin tegar dan B40 yang terkesan akibat banjir.

Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan pejabat baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Melaka di Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh di sini hari ini.

Setakat pagi ini, Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling terjejas dengan banjir, melibatkan 21,089 mangsa daripada 6,031 keluarga ditempatkan di 81 PPS manakala Segamat pula masih terdapat 38 mangsa yang terjejas daripada 13 keluarga dan mereka ini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar