web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MARA Mesti Bebas Ketirisan, Namanya Sahaja Beri Konotasi Amanah Besar Rakyat - Asyraf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:59PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan komitmen untuk menjadikan institusi berkenaan sebagai sebuah agensi yang mempunyai sifar ketirisan dan pembaziran.

Katanya, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Undang-Undang institusi tersebut untuk membincangkan pelbagai perkara ke arah sasaran itu.

Agensi itu, jelasnya, perlu beroperasi dengan bebas tanpa sebarang bentuk ketirisan, memandangkan ia adalah institusi yang menggalas tanggungjawab membangunkan pendidikan dan meningkatkan taraf ekonomi usahawan Bumiputera.

“Justeru, saya menyarankan supaya segala aspek pengoperasian institusi sama ada dari segi perolehan, perbelanjaan, pelaksanaan agenda, pembangunan keusahawanan dan pendidikan mestilah bebas.

“Ia mestilah bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan, korupsi, ketirisan, apatah lagi pembaziran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, mantan Ketua Pemuda UMNO itu memaklumkan, MARA cukup besar maknanya kerana nama institusi terbabit sahaja memberikan konotasi amanah besar rakyat yang harus digalas.

“Yang penting amanah harus digalas dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Barulah rezeki diperoleh mendapat barokah yang memberikan ketenangan dan kebahagiaan hidup diri kita serta seluruh anggota keluarga,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkan beliau sendiri menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi di pejabat kementerian itu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelantikannya mengundang reaksi tidak senang rakyat yang mempertikaikan status Asyraf Wajdi yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia. - Getaran, 16 Mac 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad