web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Kamera Tersembunyi, GPS Untuk Menghendap Akan Jadi Kesalahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:30PM

Azalina berkata, cadangan itu adalah penambahbaikan dalam undang-undang berhubung kesalahan menghendap. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang menjadikan perbuatan menjejaki seseorang individu melalui apa jua cara sebagai kesalahan menghendap di bawah Rang Undang-Undang (RUU) sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan itu adalah penambahbaikan dalam undang-undang berhubung kesalahan menghendap.

Tegasnya, ia adalah khusus bagi menangani kes membabitkan seseorang dijejaki tanpa elemen secara fizikal oleh mana-mana individu, dengan menggunakan peralatan atau apa-apa kaedah lain.

“Contohnya kamera tersembunyi atau pengesan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) bagi tujuan menghendap dan si pelaku juga tidak berada berdekatan dengan mangsa ketika melakukan perbuatan tersebut.

“Cadangan undang-undang menghendap ini melibatkan pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593),” katanya menerusi kenyataan dikongsikan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Azalina berkata, cadangan tersebut adalah hasil perbincangan antara kerajaan yang diketuai timbalannya, Ramkarpal Singh dengan pelbagai pihak, termasuk Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara (Bahagian Gubalan dan Bahagian Pendakwaan) pada 24 Februari lalu.

“Daripada hasil semua perbincangan tersebut, kerajaan pada 24 Februari lalu, bersetuju bahawa perkara polisi berhubung kesalahan anti menghendap yang ditetapkan sebelum ini, dikekalkan dengan penambahbaikan.

“Kerajaan Perpaduan memandang serius dan terus komited mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap,” katanya.

Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk mewujudkan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Ia menyebut sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, mengetahui atau sepatutnya mengetahui perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

RUU itu bakal memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 bertujuan meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baharu menghendap ke dalam Kanun Keseksaan.

Bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan dijadual dibentang pada persidangan Dewan Rakyat kali ini. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar