web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NRECC Sedang Kaji Keberkesanan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 8:50PM

Nik Nazmi berkata pengkajian semula itu adalah bagi memastikan kempen itu benar-benar memberi impak kepada alam sekitar. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim  sedang mengkaji semula keberkesanan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia bagi memastikan kempen itu benar-benar memberi impak kepada alam sekitar.

“Buat masa ini, kita telah tanam 58.52 juta pokok tetapi kita nak tengok balik sejauh mana keberkesanan sebab mereka yang tanam hanya tanam pokok. Apa jadi dengan pokok selepas itu sama ada ia sesuai dengan habibatnya dan sebagainya, belum dapat dipastikan.

“Kita tidak mahu aktiviti penanaman pokok ini jadi greenwashing (acah hijau) semata-mata tanpa beri impak yang benar efektif ke arah alam sekitar,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia dan Brunei sedang berusaha memeterai  memorandum persefahaman (MoU) bagi menerima hasil penandaan dan pengukuran kawasan sempadan yang telah disiapkan setakat ini.

Beliau berkata setakat hari ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sejauh 128.45 kilometer (km) di kawasan sempadan kedua-dua negara, dengan baki jarak sempadan darat dijangka dapat disiapkan pada tahun akan datang.

Bagi status pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia, Nik Nazmi berkata JUPEM setakat ini telah menjalankan kerja penandaan dan pengukuran sejauh 1,943 km daripada 2,063 km jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa.

“Masih terdapat kawasan yang masih belum dimuktamadkan dengan jarak 119.9 km iaitu tujuh kawasan bermasalah atau Outstanding Boundary Problems (OBP) dengan tiga OBP di Sektor Sabah-Kalimantan Utara dengan jarak 44 km dan empat OBP di Sektor Sarawak-Kalimantan Barat dengan jarak 52.9 km,” katanya.

Nik Nazmi berkata satu kawasan di barat perairan Pulau Sebatik (Tawau, Sabah) berjarak 23 km juga dalam proses perancangan pengukuran dan perancangan penyelesaian untuk tiga OBP di sektor Sabah-Kalimantan Utara pada 2024.

“Pada waktu ini kedua-dua negara (Malaysia-Indonesia) telah memberikan kerjasama yang baik dalam merunding, merancang dan juga menyelesaikan isu-isu persempadanan ini,” katanya.

Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan peruntukan berjumlah RM1.67 bilion bagi kementerian berkenaan dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti selepas dibahas 20 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad