web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlu Pastikan Tiada Lagi Isu Salah Guna Kuasa, Rasuah Melibatkan Jana Wibawa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 7:00AM

Pembahagian tender melalui kaedah penggiliran antara mekanisme yang boleh diguna pakai, bagi memastikan tiada monopoli oleh kontraktor sama. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Kerajaan Perpaduan meneruskan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) menerima reaksi positif daripada pakar ekonomi dan penganalisis politik.

Penganalisis ekonomi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, beliau menyambut baik keputusan mengekalkan inisiatif berkenaan, namun beberapa penambahbaikan perlu dipertimbangkan untuk mengelak ketirisan dan salah guna kuasa.

Abu Sofian berkata, pembahagian tender melalui kaedah penggiliran antara mekanisme yang boleh diguna pakai, bagi memastikan tiada monopoli oleh kontraktor sama.

Dr Abu Sofian Yaacob - Gambar fail
Dr Abu Sofian Yaacob - Gambar fail

“Penggiliran ini untuk memastikan semua syarikat dapat merasa tender kerajaan, tiada lagi syarikat kecil memonopoli tender ataupun dikuasai oleh seorang individu yang memiliki syarikat berbeza.

“Daripada buat banyak syarikat guna satu nama, lebih baik laksanakan kerjasama dengan pelbagai syarikat dalam menubuhkan konsortium, boleh berkongsi membekalkan bahan barangan serta memperoleh keuntungan, walaupun tidak banyak bagi tender yang diterima,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan untuk meneruskan inisiatif Jana Wibawa dengan proses rundingan semula, bagi memastikan tidak lagi wujud sebarang perlanggaran seperti yang berlaku sebelum ini.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menggulung perbahasan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Abu Sofian bagaimanapun memberitahu, tidak menjadi satu kesalahan untuk kerajaan melaksanakan rundingan secara terus sekiranya berlakunya situasi kecemasan seperti bencana alam.

“Rundingan terus ini mesti ada dalam kes sebagai contoh, kes kecemasan seperti banjir dan memungkinkan untuk rundingan terus dilakukan, tetapi lakukannya dengan syarikat yang sudah kukuh.

“Bagaimanapun, jika tiada kecemasan atau keperluan khas, dilarang buat kerajaan untuk lakukan projek rundingan terus, ia perlu dilakukan secara tender terbuka,” katanya.

Tegas beliau, projek Jana Wibawa sememangnya berupaya membantu golongan Bumiputera, khususnya kontraktor kecil meningkatkan pendapatan perniagaan mereka.

Jelasnya, inisiatif berkenaan mampu mengimbangi keuntungan buat syarikat kecil Bumiputera dan perniagaan Cina yang memonopoli industri pembinaan.

“Kaum lain seperti Cina tidak mendapat tender pun tidak mengapa kerana kontraktor Melayu akan memberi peralatan atau bahan binaan seperti pasir, simen daripada mereka, malah majoriti perniagaan bahan binaan sememangnya dikuasai oleh kaum terbabit.

“Sehubungan itu, penyambungan Projek Jana Wibawa mampu membantu kontraktor Bumiputera dan syarikat Cina juga mampu meraih pendapatan dengan barang mereka akan lebih banyak terjual,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Jana Wibawa yang lalu.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan siasatan secara terperinci terhadap projek berkenaan sehingga terdapat pemimpin yang didakwa di mahkamah susulan berlakunya salah guna kuasa.

Dr Hussain Yusri Zawawi - Gambar fail
Dr Hussain Yusri Zawawi - Gambar fail

“Cukup setakat SPRM siasat kerana proses yang berjalan setakat ini adalah baik. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan SPRM memberi kerjasama, tidak perlu nak tubuhkan RCI kerana ia hanya akan ditubuhkan apabila SPRM gagal menyiasat.

“Jika perlu dihadapkan ke mahkamah, terima sahaja, tidak perlu takut. Untuk hilangkan persepsi negatif rakyat sememangnya harus melalui perbicaraan menerusi undang-undang sehingga kes itu selesai dibicarakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussain berkata, imej  Muhyiddin sebenarnya akan tercemar sekiranya skandal terbabit tidak dibicarakan di mahkamah.

“Muhyiddin akan jatuh, orang akan anggap beliau terlibat rasuah, salah guna kuasa. Saya rasa jika wujudnya ketulusan, pemimpin itu akan menang bergaya sekiranya mahkamah membuktikannya tidak bersalah. Integritinya sebagai pemimpin akan meningkat pada masa akan datang.

“Jika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu tidak bersalah, Perikatan Nasional (PN) akan lebih kukuh pada masa akan datang walaupun sebahagian mengatakan ini kes terpilih. Muhyiddin, sila hadapi pertuduhan dalam membersihkan nama anda sebagai pemimpin.

“Bagi Kerajaan Perpaduan, perlu pastikan segala tender mengikut birokrasi yang ditetapkan tanpa ada campur tangan kerajaan atau wujudnya sebarang kepentingan,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad