web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guan Eng Hantar Notis Tuntutan, Muhyiddin Ada 7 Hari Untuk Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 8:47PM

Guan Eng menuntut agar segala kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan mantan Menteri Kewangan itu dalam perkara berkenaan ditarik balik secara terbuka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi masa tujuh hari untuk memohon maaf kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng atas tuduhan yang mengaitkan nama pemimpin DAP itu dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.

Tuntutan permohonan maaf itu dinyatakan dalam notis dihantar kepada Muhyiddin oleh Guok Partnership yang mewakili Guan Eng hari ini.

Berdasarkan salinan dokumen dimuat naik di Facebook miliknya, Guan Eng menuntut agar segala kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan mantan Menteri Kewangan itu dalam perkara berkenaan ditarik balik secara terbuka.

“Anak guam kami menuntut anda sebagai perkara yang mendesak untuk menarik balik, melakukan permohonan maaf awam sepenuhnya dan berjanji untuk tidak mengulangi dakwaan ini.

“Klien kami juga berhak mendapat pampasan yang besar untuk kerosakan terhadap reputasi dan perasaannya,” kata notis tersebut.

Mengikut surat tuntutan itu, Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan Guan Eng sebagai individu bertanggungjawab atas pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary menerusi tiga kenyataan berasingan.

Dakwaan itu dibuat Muhyiddin menerusi dua kenyataan media yang disiarkan di Facebook pada 10 dan 11 Mac lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional turut berkata demikian pada sidang media selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU 12 Mac lalu.

Tuduhan Ahli Parlimen Pagoh itu dianggap sebagai fitnah yang amat serius dan bermotifkan politik, selain berniat jahat untuk memburukkan imej Guan Eng.

“Muhyiddin gagal memberikan sebarang bukti bahawa anak guam kami kononnya telah memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas Yayasan Al-Bukhary.

“Kegagalan Muhyiddin dalam menghasilkan bukti sedemikian menunjukkan bahawa kenyataan anda adalah tidak berasas dan berniat jahat.

“Ini adalah kenyataan fitnah yang dikeluarkan dengan niat untuk memesongkan perhatian umum daripada fakta bahawa Muhyiddin menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah kerana rasuah, salah guna kuasa atau kesalahan pengubahan wang haram,” kata notis tersebut.

Notis berkenaan menyebut, tempoh untuk memohon maaf itu bermula hari ini, dan Muhyiddin juga perlu berjanji untuk tidak mengulangi kesemua dakwaan berkenaan.

“Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh ditetapkan, Tetuan Gouk mewakili Guan Eng akan memfailkan writ saman bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Muhyiddin,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam kenyataan selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac lalu mendakwa, pengecualian pembayaran cukai yang diluluskan kepada Yayasan Albukhary telah dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dakwanya, beliau tahu mengapa Guan Eng yang ketika itu Menteri Kewangan, membatalkan pengecualian cukai berkenaan.

Kelmarin, Guan Eng mencabar Muhyiddin mengemukakan bukti mengenai surat pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary yang didakwa dikeluarkan beliau, atau berdepan tindakan saman fitnah.

Guan Eng juga sebelum ini menafikan mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Yayasan Albukhary dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. - Getaran, 15 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad